Jun 25, 2009

Mendahului Perbuatan Imam

Salam

pabila kita solat berjemaah, adalah dilarang kita mendahului perbuatan imam. adakah kita dikira mendahalui imam, pabila kita turun sujud dahulu dari imam terkadang terjadi imam membaca takbir bunyinya akhbar baru ianya sempurna sujud.



Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Salam....

Secara kaedahnya , apa sahaja perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh makmum dalam keadaan mendahului imam adalah dilarang sama sekali.Ini jelas sebagaimana yang diisyaratkan oleh Baginda Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang maksudnya :

“Sesungguhnya dijadikan Imam adalah untuk diikuti , sekiranya ia bertakbir , maka bertakbirlah kamu dan sekiranya ia rukuk maka rukuklah kamu………”


Hadis tersebut adalah hadis sahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari : 734 dan Imam Muslim 417.Juga terdapat dalam Musnad Imam Ahmad : 7104 , Abu Daud : 603 dan An-Nasaie : 921

Antara intipati yang dapat diambil dari hadis tersebut secara ringkasnya ialah :

1. Wajib mengikut Imam semasa dalam solat berjemaah.

2. Makmum mestilah mengikuti perbuatan Imam selepas imam selesai melakukan sesuatu rukundalam solat.Seperti hendaklah imam rukuk terlebih dahulu barulah diikuti oleh perbuatanmakmum.

3. Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam atau melakukan secara serentak
(bersama-sama) Ini kerana perbuatan tersebut adalah dilarang.

4. Sekiranya makmum sengaja mendahului perbuatan Imam ,maka solat makmum tersebut
adalah terbatal mengikut qaul (pendapat) yang rajih.

5. Suruhan mengikut imam ini adalah pada perbuatan dan perkataan dalam solat.

6. Mafhum daripada hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa tidak sepatutnya / tidak boleh makmum menyalahi segala perbuatan imam termasuklah dalam bab niat.Tidak boleh sekiranya imam berniatkan solat fardhu ,tetapi makmum berniatkan solat sunat dan begitulah sebaliknya.

7. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan bahwa : mendahului imam adalah haram. Maka
tidak boleh seseorang melakukan perbuatan rukuk sebelum imam rukuk dan sujud sebelum
imam sujud , begitulah setersusnya.

WA

Ruj :

Taudhih al-Ahkam min bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 2 , Bab solat Jama’ah.

0 comments:

Post a Comment