Jun 8, 2010

Jadi Imam Tapi Suka Bahan Lucah Internet

Postby Qalam »
:salam

Saya ada persoalan..ditempat kerja saya ada seorang individu yang selalunya apabila masuk waktu solat akan menjadi IMAM , dan saya pun selalu berimamkan beliau. Tetapi baru-baru ini saya ternampak yang dia ni selalu melayari web dengan tujuan untuk mencari bahan-bahan lucah....tak pasti untuk apa.
Macamana status dia yg selalu jadi IMAM solat ?? perlu ke saya menjadi makmum apabila dia jadi IMAM ???
Bagaimana pulak dengan makmum yang lain ??

Mohon nasihat...

Wassalam



Dan moderator tu ada bagi jawapan :

Al-Nawawi menyebut dalam al-Majmuk (4/151) :

“Solat Ibn Umar dibelakang al-Hajjaj bin Yusuf sabit dalam sahih al-Bukhari dan selainnya dalam hadis sahih banyak hadis-hadis menunjukkan sah solat dibelakang orang fasiq atau imam yang zalim”.

soaljawab.wordpress.co...uk-akhlak/

Sila baca link di bawah untuk membaca huraian dan hujah-hujah bolehnye menjadi makmum kepada orang yang buruk akhlaknya
http://www.cahayasalaf.co.cc/...-ahli.html



saya ada bagi jawapan bahawa orang yang ada kufur di dalam hati mereka tidak layak memakmurkan rumah ALLAH Taala. Dan perkara ini tidak boleh diambil mudah. lebih kurang begitu.

Lepas tu terus kene baned.
so mintak ahli panel boleh bagi jawapan akan hal ini.

ALLAHU A'lam
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH


**************************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Permasalahan ini perlu di lihat dari pelbagai sudut. Dari kacamata fiqh, ulama’ khilaf mengenai kesahihan solat tersebut. Menurut Ibn Taimiyah rh.,

“para Imam-imam Mazhab bersependapat bahawa adalah tidak disukai (makruh) bersolat dibelakang orang yang Fasik, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai kesahihan solat tersebut. Ada yang berkata : TIDAK SAH, sebagaimana qaul Malik dan Ahmad didalam salah satu dari dua riwayat mereka. Ada yang berkata SAH, sebagaimana qaul Abu Hanifah dan al-Syafie, dan riwayat yang lain dari mereka berdua (Malik dan Ahmad). Akan tetapi mereka bersetuju mengenai hakikat orang yang sedemikan tidak boleh di lantik (menjadi Imam)” [Majmu’ Fataawa , 23/358].

Ada dikalangan Ulama’ berpendapat bahawa, seseorang yang melakukan DOSA, tidak seharusnya diambil sebagai Imam, akan tetapi jika dia telah diberi kedudukan yang sedemikian, maka solat dibelakangnya adalah sah, kerana kemungkinan mereka itu sedang diuji, atau mereka di paksa bersolat dibelakangnya. Akan tetapi, jika Imam tersebut melakukan perkara syirik, seperti meminta pertolongan orang yang telah mati, maka TIDAK boleh bersolat dibelakangnya. [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 9/278].

Didalam keadaan atau situasi yang mana seseorang itu mempunyai pilihan, atau mengetahui akan keburukan Imam tersebut, Syeikh Abdullah Ibn Jibrin rh mengatakan “Kami fikir lebih baik dia bersolat bersendirian. Asas utama ialah seseorang Fasik tidak boleh mengetuai solat, dan adalah Makruh bersolat dibelakangnya”.

Pandangan-pandangan tadi merujuk kepada hukum fiqh berkenaan dengan berImamkan orang Fasik. Namum demikian, ada beberapa perkara yang perlukan dilakukan agar isu itu tidak berpanjangan.

- cuba tegur dia mengenai perbuatan tersebut, atau jika tidak mampu, gunakan mereka yang lebih tua dan alim ilmunya untuk menegur beliau

- lakukan komplen kepada pihak yang berkuasa, AJK Surau, agar melantik Imam yang diketahui baik akhlaknya.

- Jika ada keupayaan tanpa mencetuskan sebarang kekecuhan, halang beliau dari menjadi Imam. Nabi :saw pernah menahan seseorang dari menjadi Imam kerana dia pernah mengimami solat dan meludah mengadap kiblat. Nabi :saw mengatakan : anda telah menghina Allah dan Rasul {sebagai riwayat Abu Daud].

- jika tidak boleh melakukan sedemikian juga, hindarkan diri dari bersolat dibelakangnya, sebagai tanda protes. Jika terdapat mushalla, surau atau masjid yang berdekatan, maka bersolatlah disana.

Disana ada hadith dimana Nabi :saw bersabda :

ثَلَاثَةٌ لَا تُجَاوِزُ صَلَاتُهُمْ آذَانَهُمْ : الْعَبْدُ الْآبِقُ حَتَّى يَرْجِعَ ، وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ ، وَإِمَامُ قَوْمٍ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ
“Ada tiga golongan dimana solat mereka tidak pergi jauh dari sekitar telinga mereka, seseorang hamba yang lari sehingga dia pulang, seorang wanita dimana suaminya masih marah dengannya semalaman, dan Imam yang dibenci oleh kaumnya” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].

Sekian, wassalam

11 comments:

Rembo said...

salam. tumpang tanya.
macam mana nak buat pertanyaan? ada collum tertentu ke, email ke?

Admin said...

tanyalah soalan ringkas dalam comment box ni, kalau tak boleh jawab kita forward kan ke al ahkam.net...

semua penal fiqh bertauliah ada di alahkam.net

Anonymous said...

salam..saya nak tanya..ada kawan sy..dan seuniversiti ngn sy,dye memang alim..pakai tundung labuh, tp dye sellu membaca bahan lucah di internet..itu pun sy dapat tahu selepas dye mengunakkan laptop saya..bagaimana sy hendak menegur atau nk bantu dye, sedang kan di luar bilik sahaja dye terus memakai tudung labuh, pergi ke ceramah agama, forum dan macm2 lagi..

firdaus aceh said...

wslam....org y pakai tudung labuh bukanlh bererti alim @ warak...harap faham....dan mungkin tidak sempurna....pggil lah dia scra baik...dn tnya mengenai perbuatannnya...tegur lah scra berhikmah

Ab Rahman said...

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum amal ibadat (khususnya sembahyang) bagi seorang yang terus menerus melakukan dosa2 kecil (fasik), dalam hal ini menonton video lucah?

azmah said...

Assalamu'alaikum ustaz,
Apakah sah solat seorang makmum wanita yang berjemaah dengan kaum adam dimana makmum wanita terbabit berada dibilik bersebelahan dimana bilik tersebut ada ruang kosong diatas dinding yang memisahkan ruang solat tersebut. Memang diakui segala perbuatan imam tidak dapat dilihat oleh makmum wanita tetapi ia solat dengan berpandukan kepada suara imam yang kuat.

Azin~ said...

assalamualaikum apakah ukum nya apabila wanita solat.. telekungnya menghalang dahi ketika sujud...sdgkn dahi adalah anggota sujud. adakah batal solat??? wajib kah anggota sujud kena pada tmpt sujud? bagaimana dengan tapak tangan/

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,
saya seorang pelajar dan saya ingin tanya adakah berniaga di luar kawasan sekolah.

Anonymous said...

adalah haram... maaf tertekan publish....

Anonymous said...

Bagaimana kalau hamba Allah buat majlis ilmu di masjid tapi ada yg kurang senang sehingga mengurangi jemaah hari demi hari...haruska hamba Allah itu menukar tempat lain..tolong bagi penjelasan

Anonymous said...

Salam ustaz

Post a Comment