Jan 24, 2009

Solat Jamaah Dalam Hotel Di Haramain

Salam

Ada jemaah haji berkata boleh solat berjemaah di dalam bilik hotel dan berimamkan imam yang solat di masjidil haram...cth wanita yang uzur/tua...atau wanita yang mempunyai anak kecil yang sukar dia tinggalkan...

Boleh ke solat berjemaah di dalam bilik hotel sekitar mekah dan madinah tanpa pergi ke masjidil haram dan nabawi walaupun berdekatan???boleh sertakan dalil2 dia tak....

Wassalam dan jazakallah...
________________
thtl

Wassalam

alJawab:

Syaikh Muhammad Saleh alUthaimiin dalam fatawanya, berkata tidak boleh solat di bilik hotel atau mengikut siaran secara langsung TV di rumah kerana ia tidak sampai kepada maksud istilah solat jama'ah yang wajib dilakukan di satu tempat khusus yang dinamakan mesjid. Maka makmum wajib solat dalam mesjid. jika mesjid penuh, mereka masih dikira solat berjama'ah jika solat diluar mesjid dalam takrifan kawasan mesjid, tapi bukanlah di bilik hotel kerana ia sudah terputus dari maksud jama'ah itu. (alFatawa, syaikh alUthaimiin, edisi ke 4, Dar Alam Kutub, Riyadh, cet 1994)
Adapun wanita udzur kerana tua dan wanita yang terhalang kerana membawa anak2 kecil ke Mekah, maka ia termasuk dalam risiko dan keudzuran yang harus diredhai. Haji sepatutnya dilakukan pada usia muda, jika kita pergi pada usia tua bangka, maka sudah tentu kita tidak boleh melakukan sebagaimana orang muda. Sepatutnya Haji dilakukan tanpa bebanan kayi, jika kita membawa bayi atau kanak-kanak, maka sudah tentu kita tidak dapat mengerjakan manasik Haji sebagaimana orang lain yang tidak membawa anak. Ini kerana kita sudah sedia maklum, besarnya bilangan jama'ah haji setiap musim dan keadaan fizikal yang tua dan membawa bebanan anak kecil akan mencacatkan Haji , maka lakukanlah seadanya kerana itulah risiko mengadakan Haji dalam keadaan yg udzur dan membawa kesulitan.

Dalil:

Pernah Nabi saw solat di biliknya sedangkan para sahabat masih boleh melihat Nabi kerana tembok itu tidak penuh menutupi baginda, lalu mereka mengikuti baginda solat (secara jama'ah. (HR alBukhari dari Aisyah ra)...Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) mengulas bahawa walaupun Nabi solat dibalik dinding, tapi sahabat yang mengikuti baginda secara jama'ah masih dikira solat jama'ah kerana ia masih dalam maksud jama'ah. Ini kerana bilik Nabi itu masih dalam kompleks masjid Nabawi. Tapi kalau solat di bilik hotel, maka hotel itu dianggap bangunan yang sudah terpisah dari kompleks mesjid. sekian

2 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum..
nak tanya..boleh ke kita solat di rumah tapi ikut imam yg sdg solat di masjid..kt dengar je suara imam tu sebab dia guna speaker..kita juga nampak makmum di saf terakhir sebab kita solat di beranda..macam mane ye?
adakah jawapan nye sama mcm yg dah tertulis di atas..minta kepastian..

Anonymous said...

ye sama la tu

Post a Comment