Jan 20, 2009

Dahului Imam

Assalamualaikum,

Ingin saya mendapat penjelasan disamping pengetahuan mengenai perkara solat berjemaah.....

masalah: Rukuk, Iftidal, Sujud, duduk antara 2 sujud dan berdiri ...
merupakan rukun dalam solat....

persoalan : sering berlaku apabila imam ialah dikalangan orang yang berumur atau pergerakan imam agak perlahan dalam solat....
dan menyebabkan makmum bergerak lebih cepat drp imam...
pohon penjelasan daripada us. status makmum dalam mengikuti
imam.. atau macamana...ini juga sering berlaku kepada imam muda yang pergerakan dalam solatnya agak berhati-hati/perlahan menyebabkan makmum terlebih dahulu daripada imam..

pohon penerangan dan penjelasan atas kemuskilan ini..

terima kasih..wassalam

**************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan dan ilmu yang terhad, Insyaallah.

Didalam apa-apa scenario sekalipun, makmum hendaklah menurut perlakuan Imamnya. Didalam istilah fiqh disebut sebagai iqtida' (الاقتداء). Iqtida' membawa maksud pengikutan pada perbuatan-perbuatan solat. Ini berdasarkan hadith :

إنما جعل الإمام ليؤتم به فلا تختلفوا عليه، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا، وإذا قال: سمع الله لمن حمده، فقولوا: اللهم ربنا لك الحمد، وإذا سجد فاسجدوا، ولا ترفعوا قبله. متفق عليه
"Sesungguhnya Imam itu dijadikan untuk diikuti, apabila ia bertakbir, maka bertakbirlah kamu, dan jika ruku' maka ruku'lah kamu, dan apabila berkata : Sami'a Allahu Liman Hamidah, Maka berkatalah : Allahumma rabbana laka Al-Hamdu, dan apabila sujud maka sujudlah kamu, dan janganlah kamu bagun sebelumnya" - [hadith Muttafaq alaih].

Bertitik tolak hadith ini ulama mengatakan bahawa mendahului Imam pada rukun merupakan satu kesalahan yang besar. Dr Abdullah Al-Faqih mensifatkannya sebagai "tegahan yang dasyat" . Terdapat riwayat dari Abu Hurairah ra :-

أما يخشى أحدكم إذا رفع رأسه قبل الإمام أن يجعل الله رأسه رأس حمار، أو يجعل صورته صورة حمار.
"Tidakkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum Imam merasa takut akan Allah menukar kepalanya menjadi kepala keldai atau menjdaikan rupa bentuknya seperti rupa bentuk keldai" - [Hadith Muttafaq Alaih].

Yang dikatakan wajb iqtida' (pengikutan) adalah pada perbuatan-perbuatan solat, dan bukan pada perkataan-perkataannya. Jika makmum serentak dengan Imam pada perkataan ia tidak menjejaskan apa-apa kecuali didalam Takbiratul Ihram. Menurut pandangan mazhab Syafie, makmum yang serentak dengan Imam pada Tabiratul Ihram solatnya dikira batal.

Mazhab Syafie menyatakan bahawa jika makmum mendahului Imam pada 2 rukun solat tanpa sebarang keuzuran, maka solatnya batal. Serentak memberi salam adalah makruh, akan tetapi mendahului Imam akan salam yang membatalkan solat. Maka menurut padangan yang benar, selain dari Takbiratul Ihram, ia tidak membatalkan solat jika makmum mendahului Imam pada satu rukun. Akan tetapi perbuatan ini merupakan perbuatan yang berdosa. Dr Abdullah Faqih mengatakan bahawa selama-mana makmum sedar akan perbuatan mendahului Imam pada 1 rukun, hendaklah ia memohon ampun dan bertaubat, dan solat tadi masih sah. Menurut Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam Kitab al-Majmu' Sharh al-Muhazzab :-
أن يتقدم المأموم على الإمام بركوع أو غيره من الأفعال، فقد ذكرنا أنه يحرم التقدم، ثم ينظر إن لم يسبق بركن كامل بأن ركع قبل الإمام فلم يرفع حتى ركع الإمام لم تبطل صلاته عمداً كان أو سهواً، لأنه مخالفة يسيرة
"Jika makmum mendahului Imam dengan rukuk atau lain-lain perbuatan, maka kami telah menyebut bahawa sesungguhnya diharamkan mendahului [imam], kemudian lihat pula [pada siutuasi] jika ia bukan dari rukun yang lengkap, rukuk sebelum Imam dan dia tidak bangun sehingga Imam rukuk, tidak membatalkan solatnya samada secara sengaja atau lupa, kerana sesungguhnya ini mudah dibezakan, "

Oleh itu menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, adalah haram hukumnya mendahului Imam dengan satu rukun yang lengkap, misalnya bangun dari ruku' sedangkan Imam masih didalam ruku'.

Didalam hal seperti ini, kita hendaklah betul-betul mengambil perhatian akan perbuatan iqtida' atau pengikutan perbuatan Imam. Mendahului Imam merupakan satu perbuatan yang buruk sehingga ia boleh membatalkan solat. Scenario yang dinyatakan oleh Imam Nawawi mengambarkan perbuatan mendahului Imam didalam satu rukun yang tidak lengkap, (contohnya makmum bangun dari rukuk lebih laju dari Imam, akan tetapi berdiri menunggu Imam bangun tidak dianggap membatalkan solat) boleh disesuaikan dengan situasi yang sdr nyatakan. Walaupun hukumnya berdosa dan tidak membatalkan solat (tidak lebih dari 1 rukun), akan tetapi menurut ulama' fadilat solat berjamaah itu tidak mungkin tercapai. WA..

wassalam
===============
Rujukan :-

1. Markas Fatwa Dr Abdullah Faqih. تقدم المأموم على الإمام بركوع أو غيره من الأفعال . url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=32257&Option=FatwaId

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

3. Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Dar Al-Fikr, 2001. ms 336.

0 comments:

Post a Comment