Jan 24, 2009

Antara Solat dgn Isteri di rumah dan Di surau

Assalamualaikum wbh,
Manakah lebih utama antara solat berjemaah dgn Isteri dirumah atau solat berjemaah di masjid? Tolong berikan penjelasan beserta dalil..
Terima kasih

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr serai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi mereka yang duduk berhampiran dengan masjid, tuntutan bersolat dimasjid adalah diutamakan dari bersolat jemaah di rumah. Syiekh Ibn Qayyim rh. telah menyenaraikan beberapa pandangan para sahabat berkenaan keutamaan solat berjemaah dimasjid (Al-Salaah wa Hukm Taarikiha, ms.153) :-

a. Berkata Ibn Mas'ud ra.:-

ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق معلوم النفاق .
"Aku telah melihat Kita (semasa hayat Nabi saw) dan tidak ada yang tinggal (tidak bersolat di masjid) melainkan orang munafiq yang diketahui akan kemunafikannya"

b. Berkata Ibn Mas'ud ra. juga :-

من سمع المنادي فلم يجب من غير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yang mendengar muazzin dan tidak menyahutnya tanpa sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

c. Abu Musa al-Asha'ari ra. berkata :-

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال : من سمع المنادي فلم يجب بغير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yag mendengar muazzin dan tidak menyahutnya dengan sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

d. 'Ali ra. berkata :-

لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد ، قيل : ومَن جار المسجد ؟ قال : مَن سمع المنادي
"Tidak ada solat seorang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid itu". Ada yang berkata :"Siapakah yang berjiran dengan masjid?", beliau berkata,"Barangsiapa yang boleh mendengar muazzin".

e. Diriwayatkan bahawa Hasan ibn 'Ali ra. berkata :-

من سمع النداء فلم يأته لم تجاوز صلاته رأسه إلا من عذر
"Barangsiapa yang mendengar azan dan tidak datang, maka solatnya tidak melepasi kepalanya melainkan dia uzur"

f. Diriwayatkan bahawa 'Ali ra. berkata :-

وعن علي رضي الله عنه قال : من سمع النداء من جيران المسجد وهو صحيح من غير عذر فلا صلاة له .
"Barangsiapa yang mendengar azan dari kalangan jiran kepada masjid, dan dia sihat dan tidak uzur, maka tidak ada solat baginya"

Kata2 dari para sahabat diatas menggambarkan bahawa keutamaan bagi mereka yang berjiran dengan masjid, atau dengan kata lain, mereka yang dapat mendengar azan dari masjid (diandaikan tanpa bantuan alat pembesar suara), ialah menunaikan solat secara berjemaah di masjid! Imam Ahmad mengandaikan bahawa suara muazzin akan tidak kedengaran jika lebih dari satu farsakh atau lebih kurang 5km.

Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

أما من يستطيع الوصول إلى المسجد فإنه يجب عليه ذلك عملاً بالأدلة الشرعية ، ومنها قوله صلى الله عليه وسلم : ( من سمع النداء فلم يأت فلا صلاة له إلا من عذر ) قيل لابن عباس رضي الله عنهما : ما هو العذر ؟ قال : ( خوف أو مرض ) . رواه ابن ماجه والدار قطني وصححه ابن حبان والحاكم وإسناده صحيح .
"Bagi mereka yang boleh sampai kepada masjid, maka sesungguhnya hendaklah dia melakukannya sebagaimana amalan ini merupakan dalil syariah, dimana Nabi saw bersabda :'Barangsiapa yang mendengar seruan solat (azan) dan tidak datang, maka tidak ada solat baginya melainkan uzur'. Berkata Ibn Abbas ra :'Apakah dia uzur itu?' jawabnya :'Takut atau sakit'. [Hadith riwayat Ibn Maajah dan al-Daaraqutni; dikelaskan sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim; Sanadnya sahih)" - [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat li al-Syiekh Ibn Baaz, 6/23]

Bagi mereka yang jauh tempat tinggalnya dari masjid, hendaklah dia menunaikan solat berjemaah bersama2 dengan isteri dan anak2nya. Wallahu A'lam.

wassalam

4 comments:

Unknown said...

Salam ustaz soalan saya apakah hukum solat tarawih dirumah berjemaah dgn isteri dgn tujuan untuk mendidik isteri,minta penjelasan ustaz.

Hanafi Jamil said...

Sebaik2 solat dirumah kecuali solat fardhu.. Solat sunat dirumah, fardhu di masjid. Jadi Solat Sunat Tarawih itu afdalnya juga dirumah. Imam As Syafi'i juga suka dirumah bila bacaan Quran seseorang itu baik..Tp kelebihan berjemaah di Masjid tu banyak dr rumah.

Anonymous said...

As'slm ustaz...adakah hukum yg sama jika berjiran dgn surau dan bukannya masjid?kerana scara istilah masjd dan surau adalah berbeza

Unknown said...

Assalamualaikum apa hukum suami yg baru blik jemaah di masjid Lps tu pulang ke rumah dan isteri meminta untuk imamkan die untuk solat

Post a Comment