Jan 2, 2009

Khatib Menangis Ketika Baca Khutbah

Salam

Bolehkah (apa hukumnya!) khatib menangis ketika membaca khutbah?

T.kasih

Wassalam
--------

Fi’li Rasululllah ketika menyampaikan khutbah

Ibn Umar berkata: “ketika baginda S.A.W menyampaikan khutbah jumaat, dia akan berdiri dan kmdn duduk dan kmdn bangun semula (khutbah ke-2) spt mana amalan sekarang.” (Riwayat al-jamaah)

Jabir R.A berkata: “Apabila baginda S.A.W menyampaikan khutbah, matanya merah menyala, suara yg tinggi dan kemarahan yg memuncak seolah2 memberi amaran kpd musuh.” (riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Imam An-Nawawi Rh berkata, “adalah disukai khutbah itu dlm bentuk yg mudah difahami dan bahasa arab yg mudah. Dan khutbah itu hendaklah teratur ucapannya utk org ramai memahaminya. Ia tidak sepatutnya menjadi syarahan yg panjang berjela sehingga tidak difahami orang ataupun ia terlalu singkat atau menggunakan bahasa yg kurang enak kerana ini menyebabkan objektif khutbah tidak tercapai. Perkataan di dlmnya harus diperhalusi supaya nampak menarik dan lebih bermakna.”

Menangis ketika menyampaikan khutbah tidaklah menjadi kesalahan selama mana ia tidak meninggalkan rukun2 khutbah. Namun demikian objektif khutbah adalah utk memperingati hadirin. Adakah dgn menangis terisak2 sehingga tidak difahami bahasa perkataannya tercapai objektif khutbah? Ini kerna Khutbah rasulullah adalah mudah difahami.

Wallahua’lam.
_________________

Wassalam

LULUS
Tambahan:
Khutbah dlm bahasa Arab bermaksud apa jua pengucapan awam, ceramah, seminar, kolokium, pembentangan kertas kerja dan termasuk juga khutbah hari Juma'at termasuk juga pengucapan awam.

Hukum menangis itu harus sebab ia fitrah insani. Jika menangis itu dibuat-buat utk menjadi dayapenarik khutbah, maka tangisan itu adalah tercela. Menangis sekali sekala kerana tersentuh dgn ayat2 yg dibacakan atau kisah semasa yg menyanyat hati spt penderitaan rakyat Palestine, Chechen dan Iraq, maka sudah tentu ia adalah spontan dan fitrah. Tapi jika khatib asyik menangis aje setiap kali berkhutbah, maka tidaklah memenuhi sifat2 seorang pengucap awam (khatib) yg dihajati dalam kehendak spt yg ditulis oleh Ust Zayed. Khutbah Juma'at selalunya disampaikan oleh Khalifah atau Gabnur wilayah atau Imam Besar bagi negeri itu, maka dia sepatutnya lantang dan serius dalam memberi arahan, nasihat dan maklumat semasa. WA

0 comments:

Post a Comment