Jan 2, 2009

Solat Jumaat Sebelum Masuk Waktu

Salam,

Saya ingin tahu samada wujud pendapat/khilaf dlm masalah ini.
Misalnya di tempat kerja yg jauh dari masjid sekumpulan muslim yg terpaksa berjemaah di pejabat membuat keputusan menetapkan waktu solat jumaat pada pukul 12:30 tghhari utk sepanjang tahun tersebut walaupun waktu zohor hanya masuk pada pukul 1:30 dan akan berubah waktunya mengikut pertukaran musim. Jazakallahukhairan.
---------

Salam

Mmg terdapat sedikit khilaf mengenainya. Kita simpulkan mengikut pendapat mazhab.

Jumhur termasuk Syafi'iyah: Tidak sah solat jumaat jika dilakukan sebelum masuk waktu Zuhur.

Ulama Hanbali: Saha solat Jumaat sblm tengah hari. Seawal2 waktunya sama spt waktu sembahyang hari raya. Mereka bersandarkan kpd perkataan Abdullah bin Saydan al-Sulaimiy, "Aku telah menunaikan solat Jumaat bersama Abu Bakar yg mana khutbah dan sembahyangnya dilakukan sebelum gelincir matahari, kemudian aku melakukan bersama Umar, sembayang dan khutbahnya dilakukan sehingga aku mengatakan: Gelincirlah matahari. Ttp aku tidak menemui sesiapapun yg mencela dan mengingkar hal itu."

Oleh yg demikian, tidaklah pelik kalau kita menjumpai di mana2 tpt seperti di UK yg mengadakan solat jumaat sebelum waktu Zuhur. apatah lagi di negara yg bermusim, kadang2 waktu Zuhur adalah pendek. Dan kadang2 aktiviti/pekerjaan tidak membenarkan mereka melepaskan diri selepas waktu Zuhur telah masuk. Sebagai contohnya lunch time yg telah fix.

Kesimpulannya, sah solat Jumaat jika diadakan sebelum masuk waktu Zuhur. Hanya saja yang lebih afdal adalah setelah masuk waktu Zuhur. WA

Wassalam

Rujukan

fiqh Islami Jil 2
oleh Dr Wahbah al-Zuhaily
________________

Wassalam

Tarjeeh:

Baik sekali jawapan Ust [email]G@y@t.[/email] JKK
alMuhaddith dan penegak Sunnah AlAlbani (Ahkam alJumu'ah) mengesahkan khlaf ini. Begitu juga dalam kitab alhafeedz Asqalani dlam Fathul Bary, Jld 2/294.
Dalil madzhab Hanbali adalah dari Ibn Majah (1/342), alHakim (alMustadrak: 3/607) dari Sa'ad alQurth. WA

0 comments:

Post a Comment