Mar 30, 2011

Masjid dan Iktikaf

Postby Guest »
Salam,

Soalan saya mengenai dimanakah yang dikira kawasan masjid yang disana jika kita beriktikaf kita beroleh pahala iktikaf?

Ada sesetengah masjid yang terdapat ruangan luar yang terpisah dengan bahagian dalam oleh dinding,pintu n tingkap adakah kawasan luar itu dikira masjid juga?Adakah boleh beriktikaf disana?

Adakah boleh kita tidur dalam masa beriktikaf dimasjid?Bukankah tujuan iktikaf ialah untuk shalat,zikir n baca quran..

Mengenai tahyatul masjid..Perlukah kita untuk kita shalat sunat ini sekiranya memang kita berada dalam masjid n kita ke tandas n masuk semula ke masjid?Dalam hal ini tandas juga terdapat di dalam kawasan masjid..Ini berkaitan juga dengan dimanakah yang dikatakan sempadan masjid itu..

Bagaimana sekiranya kita beriktikaf di sesebuah masjid tanpa kebenaran pihak pengurusan masjid?Adakah dikira haram perbuatan kita tu?

Bagaimana kita hendak mempastikan yang kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingkar sunnah sebab sering kita terasa yang kita ingkar sunnah apabila mendengar sindiran didalam ceramah tapi bila dihalusi di periksa semula kelakuankita, kita tidak melakukan keingkaran cumanya hati tak senang mendengar perkataan ingkar sunnah seperti terpukul kepada kita je walaupun hakikatnya tidak...Bantu jelaskan n leraikan masalah saya ni...

Guest


****************************
Postby al-jawhar »
:salam

Al-hamdulillah , Segala puji bagi Allah dan Rasul SAW.Insya Allah kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan.

Ringkasnya , Menurut pendapat mazhab Hanafi , Maliki dan Hanbali , bahawa kawasan sekeliling masjid yang dibina untuk diperluaskan atau dibesarkan dan terdapat batasan-batasannya seperti dinding , tingkap dan sebagainya tidak dikira sebagai kawasan masjid.

Abu Ya’la menyebut bahawa ia termasuk dalam kawasan masjid.Malah Mazhab Imam Syafie juga berpendapat bahawa tapak masjid dan kawasan sekelilingnya yang ditambah sebagai perluasan juga dikira temasuk sebagai masjid serta SAH iktikaf di kawasan tersebut.(al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah : jilid 5 , m/s : 225)

Syaikh Abd Aziz bin Baz r.h berkata :

“Tapak halaman masjid yang luas boleh dianggap sebagai masjid.Ia sama hukumnya dengan Masjid.Sementara tapak halaman masjid yang berada diluar lingkungan masjid tidak termasuk bahagian masjid dan tidak sama hukumnya dengan masjid.” (Majallah al-Buhuts al-Islamiyyah : jilid 59 , m/s :81)

Bagaimana sekiranya kita beriktikaf di sesebuah masjid tanpa kebenaran pihak pengurusan masjid?Adakah dikira haram perbuatan kita tu?

Kita dibolehkan untuk beriktikaf di mana-mana masjid dengan tujuan untuk beribadah atau bertaqarrub kepada Allah swt…. Selain itu diwajibkan kepada kita untuk menjaga tingkah laku dan adab-adab dalam masjid sesuai dengan status kita yang menjadi tetamu di Rumah Allah Azza Wajalla..Allahu A’alam.

Bagaimana kita hendak mempastikan yang kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingkar sunnah sebab sering kita terasa yang kita ingkar sunnah apabila mendengar sindiran didalam ceramah tapi bila dihalusi di periksa semula kelakuankita, kita tidak melakukan keingkaran cumanya hati tak senang mendengar perkataan ingkar sunnah seperti terpukul kepada kita je walaupun hakikatnya tidak.

Mengenai dengan masalah ingkar sunnah . Usahalah kepada yang terbaik dalam mengamalkan sunnah Rasulullah saw.Bila mana kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang ingkar sunnah , maka tidak perlulah kita merasa seperti orang yang ingkar sunnah sehingga menyebabkan kita ditalbis oleh iblis dengan membenci atau memusuhi penceramah tersebut….Allahu A’alam.

WA

2 comments:

Anonymous said...

Iblis paling tak suka org menuntut ilmu agama (Islam), maka akan diusahakan supaya ada perasaan tak puas hati thd ilmu yg disampaikan.

Kadang2 bukan pendengar saja dikacaunya, tetapi penceramahnya juga . Bila kita di pihak samade sbg pendengar/murid atau penceramah/guru, hendaklah kita sentiasa ingat ttg belitan iblis & kalau tersasar harap2 cepat2 sedar & beristighfar.

Tu yg dianjurkan setelah selesai majlis ilmu/ceramah ke , disarankan baca tasbih kafarrah, & ucapan spr 'yg benar dari Allah, yg tak benar & salah silap adalah atas kelemahan saya, mohon sama2 kita maaf memaafkan, kpd Allah kita bertawakkal & menyerahkan segala urusan'. Kan cantik tu!!

Anonymous said...

聊娱乐网 , 天天聊娱乐视频社区 , 大咖私聊室 , 台湾佬娱乐中文网 , 收费裸聊网 , 视频聊天工具 , 视频秀聊天室 , 爱吧聊视频聊天室 , 28号公馆视频聊天室 , 随聊随想视频聊天室

Post a Comment