Jan 24, 2009

Solat Berjemaah

Salam

Terus kepada soalan : Semasa ke masjid untuk solat Asar didapati Imam sudahpun berada pada tashaud akhir. Sedangkan ramai lagi makmum yang baru sampai. Manakah yang lebih afdal, mengikut Imam tadi pada tashud akhir atau kita buat Jemaah baru?
Jawapan pihak Ustaz didahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih.
Wassalam

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr semutapi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Adalah afdal mengikut Imam yang sedang bersolat berjemaah daripada menunggu membentuk jemaah yang baru, sebagaimana hadith Nabi saw :

فما أدركتم فصلوا وما فاتكم فأتموا
"Barangsiapa yang sempat mendapatkan Imam, maka hendaklah dia bersolat dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakannya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #635, Muslim #602].

Berikut merupakan fatwa (Nombor yang dikeluar oleh Fatwa alLajnah alDaaimah Arab Saudi berkenaan dengan soalan diatas.

السؤال السابع من الفتوى رقم (7371)
س7: من أدرك التشهد الأخير وقبل تسليم الإمام هل يعتبر أدرك فضل صلاة الجماعة أم أجر المنفرد، وما هو الأفضل إذا دخل المسجد والإمام في التشهد الأخير هل يكمل التشهد أو الأفضل ينتظر أشخاصا قادمين ليصلوا معا؟
ج7: لا يعتبر من أدرك مع الإمام التشهد الأخير من الصلاة مدركا للجماعة، لكن له ثواب بقدر ما أدرك مع الإمام من الصلاة وانما يعتبر مدركا للجماعة من أدرك مع الإمام ركعة على الأقل لقول النبي : «من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة» والأفضل له أن يدخل مع الإمام؛ لعموم حديث: «ما أدركتم فصلوا وما فاتكم فاقضوا» .
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم .
"Soalan : Jika seseorang mendapatkan Imam pada Tashahhud akhir sebelum Imam memberi salam, apakah dia dianggap mendapatkan Imam dengan pahala berjemaah atau hanya pahala solat bersendirian? Mana yang afdal ketika dia masuk masjid sedangkan Imam sedang menyempurnakan tashahhud akhir, apakah dia perlu menyempurnkan tashahhud atau lebih baik di menunggu orang lain dan bersolat dengan mereka?l

Jawapan : Tidak dianggap mendapat Imam didalam keadaan tasahhud akhir bersama2 dengan jemaah, akan tetapi akan mendapat ganjaran kadar pergerakan solat dia bersama Imam, kerana sesungguhnya seseorang yang dikatakan mendapatkan Imam dengan berjemaah ialah seseorang yang sempat mendapat Imam sekurang2 didalam satu rakaat! Kerana umum hadith : 'Barangsiapa yang mendapat satu rakaat didalam solat maka dia telah mendapatkan solat (bersama)'.

Adalah afdal dia mengikuti Imam, kerana umum makna hadith :'Barangsiapa yang sempat mendapatkan Imam, maka hendaklah dia bersolat dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakannya'" - [ Fatwa alLajnah alDaaimah 7/320].

Wallahu A'lam, wassalam
-----------------------
Rujukan :

1. Fataawa Al-Lajnah al-Daa’imah li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta' - 7. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razak al-Dauwish. cetakan ke 3. Riyad : Daar al-Mu'ayyad, 2000. ms 320.

0 comments:

Post a Comment