Jan 22, 2009

Azan Atau Majlis Ilmu

Sekiranya telah masuk waktu solat semasa majlis ilmu sedang dijalankan, yang mana lebih diutamakan : berhenti untuk dilaungkan adzan atau tunggu selepas majlis tamat, baru dilaungkan adzan.?

~~~~~~~~~~~~~~Reply:
Amalan kebiasaan di malaysia ialah azan itu tetap dilaungkan kerana
menandakan masuk waktu. Jika tiada azan sudah tentu akan menimbulkan
tandatanya kepada ahli qaryah. itulah tujuan azan disyari'atkan, utk
memberitahu masuknya waktu solat (Fiqh Sunnah)
>
> Masalah : Sekiranya majlis ilmu ditangguh sebentar untuk
dilaungkan adzan, selepas adzan orang-orang akan datang ke masjid
(yaitu mereka yang tidak bersama dalam majlis ilmu yang sedang
dijalankan) dan ini akan membawa kepada satu situasi yang agak serba
tak kena.. ada yang solat sunat, ada yang nak solat dibuat segera
dan ustaz yang memberi ceramah pun macam "under pressure " untuk
menamatkan kuliah dengan segera. Maka seterusnya - kuliah pun
ditamatkan dengan segera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
Kesalahan bukanlah kepada penceramah. Sebab dia hanya mengikut
jadual kuliah mesjid yg ditetapkan. Jika dia dibenarkan menyambung
kuliah Maghrib selepas azan Isyaa' dan ditaakhirkan iqamat, maka
sepatutnya penceramah tidak "under pressure". Jika jadual kuliah
maghrib itu hanya setakat azan, maka jika penceramah itu meneruskan
juga, maka "pressure" itu adalah benar ke atasnya kerana tidak
disiplin dan melanggar had masa yg dibenarkan.

Dilewatkan sedikit.

0 comments:

Post a Comment