Jan 11, 2009

Teruskan Solat Kerana Malu

jika seorg makmum batal solatnya kemudian dia teruskan solat mengikut imam kerana malu hendak keluar saff atau tdk mahu menganggu jamaah lain..adakah ini dibenarkan? jika tdk, bagaimana cara terbaik?
--------

Salam ,

Cara terbaik yang perlu dilakukan oleh saudara ialah keluar daripada saf tersebut dan memperbaharui wudhuk saudara sebagai syarat untuk menyambung semula solat saudara. Ini kerana wudhuk saudara telah pun batal.Manakala wudhuk merupakan syarat sah solat.

Saudara tidak boleh meneruskan solat atas alasan malu dan sebagainya.Perlu diingat , wudhuk merupakan syarat sah solat sebagaimana maksud ayat al-Quran dari surah al-Maidah : 6 :

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,

WA

0 comments:

Post a Comment