Jan 25, 2009

Ragu-ragu Untuk Berjamaah

Salam

Kadang2 bila di tempat solat (bilik solat yg disediakan), hanya ada seorang yg sedang solat. Masalahnya org yg sedang bersolat itu kita tahu qualiti solat dia (secara zahirnya rendah qualiti). Apakah kita perlu berjamaah dgnnya (sbg jamaah masbuk) atau kita solat sendirian sahaja.

Wassalam

************************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan judyn dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sahabat pernah bersolat Jumaat dan solat berjemaah di belakang Imam-Imam kurang baik akhlaknya dan mereka tidak pula mengulangi solat mereka. Ibn Umar ra. pernah bersolat dibelakang al-Hajjaaj dan Ibn Mas'ud pernah bersolat dibelakang al-Walid Ibn Uqbah, yang dikenali sebagai peminum wine. Solat dibelakang orang-orang yang kurang akhlak, zalim dsb masih sah, Keutamaan harus diberi kepada menunaikan solat berjemaah.

Terdapat sebuah riwayat bahawa Abu Hurairah ra. berkata : Rasulullah saw berkata :-

الصَّلاةُ الْمَكْتُوبَةُ وَاجِبَةٌ خَلْفَ كُلِّ مُسْلِمٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا وَإِنْ عَمِلَ الْكَبَائِرَ
"Solat fardu hendaklah dilakukan dibelakang setiap orang Islam samada yang baik atau fasik, walaupun dia melakukan dosa besar" [Hadith Riwayat Abu Daud #594. Hadith ini dikelaskan Dhaef oleh al-Albani].

Uthman ibn Affan ra. pernah berkata :

الصَّلاةُ أَحْسَنُ مَا يَعْمَلُ النَّاسُ ، فَإِذَا أَحْسَنَ النَّاسُ فَأَحْسِنْ مَعَهُمْ ، وَإِذَا أَسَاءُوا فَاجْتَنِبْ إِسَاءَتَهُمْ
"Solat adalah amalan terbaik manusia, apabila manusia melakukan baikkan , maka lakukan kebaikkan bersama mereka, apabila manusia melakukan kejahatan, maka jauhi kejahatannya"

al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa ucapan Uthman ra. ini membenarkan bersolat dengan golongan seperti ini.Dalam masalah anda, bersolatlah dibelakang orang tersebut walaupun kualitinya kurang, kerana solat berjemaah itu lebih utama dari melakukan seorang seorang diri. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

Ustaz, saya ingin bertanya. Perlukah seorang isteri berimamkan suami yg telah diketahui bacaan alfatihahnya & lain2 bacaan dlm solat tidak sempurna serta pengetahuan agama suaminya agak cetek.

Post a Comment