Aug 26, 2009

Tarawih dan Witir

Guest what » Aug 22nd, '09, 06:04

salam

nak tanya tentang, waktu bermula boleh solat terawih?... adakah selepas solat maghrib dah boleh atau kena selepas isya' juga ::?:
solat witir yang 3 rakaat satu salam... tiada tahiyat awal. macamana kalau ada yg buat tahiyat awal dalam witirnya ::?: terima kasih


*******************************
Postby Abu_Umair » Aug 24th, '09, 19:14

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Waktu solat Tarawih bermula selepas selesai menunaikan solat Isyak. Inilah yang ditunjukkan oleh sunnah, dipegang oleh jumhur ulama, dan diamalkan oleh orang Muslimin zaman berzaman sehingga sekarang.

Ada ulama yang berfatwa boleh dilakukan sebelum Isyak. Tetapi kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, "Sesiapa yang bersembahyang Tarawih sebelum Isyak, maka dia telah melalui jalan orang-orang Bidaah, yang menyalahi Sunnah". (Al-Insaf 2/181)

2. Jika hendak dilakukan tarawih 3 rakaat dengan satu salam, maka seelok-eloknya dibuat satu tasyahhud sahaja iaitu sebelum salam. Tidak perlu kepada dua tasyahhud, kerana ia menyerupai solat Maghrib. Kerana terdapat larangan menjadikan witir seperti Maghrib.

Di dalam hadis:

لا توتروا بثلاث تشبهوا بالمغرب

"Jangan kamu berwitir dengan tiga rakaat, dengan kamu menyerupai Maghrib". Direkod oleh Daraqutni, Baihaqi dan lain-lain.

Wallahu A'lam

11 comments:

Anonymous said...

Assamualaikum,

Ingin penjelasan , bolehkah kita solat Tarawih sebanyak 8 rakaat ?

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Inginkan penjelasan, perlukah Doa Iftitah dibaca dalam Solat tarawih?? Atau adakah sesudah lafaz niat Solat tarawih, kita hanya perlu membaca Al-Fatihah & Surah sahaja??

THESALTASIN@gmail.com said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

أَعُوْذُ بِاللِه مِنَ الشََّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hanya orang yang Imamnya Goncang dan jiwanya sakit , yang meremehkan / menyepelekan Sunah dalam Shalat Sunah maupun Wajib.

لا تجتمع هذه الأمة على ضلا

“Umat ini tidak akan bersepakat diatas kesalahan.”

(HR. Asy-Syafi’I dalam Ar-Risalah)

Wassalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

http://thesaltasin.wordpress.com/category/al-quran-teks-dan-terjemahan/

Anonymous said...

Saya tolong jawab boleh?
1)Tarawih 8 rakaat boleh saja, drp tak buat lansung. Sesekali buat le juga 20 rakaat. At least dua2 cara tu kita ada buat.

2) Ttg doa iftitah tu sunat aje. Yg rukun/wajib ialah bacaan fatihah. Apa lagi sekarang ni klu solat tarawih berjemaah biasanya bacaan iman agak cepat, so baca juga doa iftitah setakat mana, bila dengar imam mula baca Fatihah tu sebaiknya dengarkan & hayati.
Lepas imam baca fatihah kita cepat2 baca pulak (selagi x langgar tajwid dll).

Klu x baca lansung pun tak pe. Mudah2an pahala berjemaah mengatasi pahala doa iftitah yg tak sempat dibaca sbb imam laju.

Ni pendapat biasa/org awam/basic. Ada lagi pendapat spt, klu imam laju, tak yah tunggu fatihah dia habis dsbnya.Kita baca sblum dia habis.
Tapi amalkan satu2 yg mudah dulu.
Mesti tahu asas, mana yg rukun, sunat dsbnya.

Islam tu mudah. Tapi jgn putus tuntut ilmu, klu konfius, stick pada yg difahami & yakini.

Nick said...

Semalam ada dengar tazkirah . Waktu zaman Rasulallah S.a.w , cuma buat 8 rakaat . dan selebihnya di buat bersama keluarga.

Anonymous said...

Salam ustaz macam mane kalau time kite tarawih tiba tiba gusi berdarah dan kite pulak tertelan darah tersebut. batal atau tidak terawih dan puasa kita ?

Unknown said...

Salam...adakah wajib bacaan doa selepas solat tarawikh? Iaitu apabila solat bersendirian drumah bukan berjemaah....

Unknown said...

Persoalan tentang solat terawih... eskadarisman (bukan nama sebenar) ketinggalan utk solat isyak berjemaah... boleh x dia solat isyak (niat jadi makmum) dgn berimamkan imam yg sedang mengimamkan solat tarawih... adakah sah solat isyak eskadaridman?
Yakni stelah imam selesai dia bgun utk smbung lg 2 rakaat isyaknya.

Unknown said...

Persoalan tentang solat terawih... eskadarisman (bukan nama sebenar) ketinggalan utk solat isyak berjemaah... boleh x dia solat isyak (niat jadi makmum) dgn berimamkan imam yg sedang mengimamkan solat tarawih... adakah sah solat isyak eskadaridman?
Yakni stelah imam selesai dia bgun utk smbung lg 2 rakaat isyaknya.

Unknown said...

Boleh ke kita buat terawih selepas jamak taqdim maghrin dan isya?

Unknown said...

Waktu solat witir satu rakaat, selepas rukuk angkat tangan ( macam baca doa qunut) baca apa ye?

Post a Comment