Jan 24, 2009

Kedudukkan Makmum Muslimah

ana ade kemusykilan tentang kedudukan makmun bagi muslimat, kalau kita lihat di masjid2 kawasan solat untuk muslimat jauh dari imam dan juga kedudukan kawasan untuk mereka solat kadang2 di tepi sebelah kiri atau kanan masjid,soalan ana bagaimana posisi mereka dalam solat berjemaah adakah perlu bergerak ke bahagian kanan andaikata kawasan solat mereka di sebelah kiri masjid atau ke bahagian kiri jika kawasan solat mereka di sebelah kanan masjid, harap panel al-ahkam dapat memahami situasi yang ana cuba tanyakan,harap juga dapat berikan dalil yang bersesuaian dengan masalah ini.jazakumullah

*******************
thtl

الجواب

Dalil hadith:

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏‏قال ‏ ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏‏ خير صفوف الرجال أولها وشرها آخرها وخير صفوف النساء آخرها وشرها أولها
terjemahnya: " sebaik-baik shaf lelaki ialah saf depan dan yang terburuk ialah yang terakhir; sebaik-baik saf perempuan ialah yang paling akhir dan yang paling buruk ialah yang paling depan. [muttafaq 'alaih, Bukhari, kitab aSolat, #664, Muslim, 440]

Ini menunjukkan rekabentuk mesjid di zaman salaf ialah kaum wanita selalunya di belakang ruang solat lelaki. Ini memudahkan wanita masuk dan balik ke rumah mereka.

Jika rekabentuk mesjid berada di kanan atau kiri lelaki, kemungkinan ia adalah ruangan di atas (bagi mesjid dua tingkat), atau di Kelantan (misalnya), ada design mesjid yang menempatkan wanita bersebelahan lelaki, maksudnya mesjid itu di bahagi dua dan dipisahkan dengan tirai atau penghadang. Kita pun tak tahu apa alasan mereka merekabentuk mesjid sedemikian rupa.

Menjawab soalan anda, maka posisi terbaik saf wanita ialah yang paling jauh dari saf lelaki. Jika mereka solat di sebelah kanan mesjid, maka posisi yang paling jauh dari saf lelaki ialah bergerak kesebelah kanan. Jika mereka solat di bahagian kiri mesjid, maka kedudukan terjauh dari lelaki ialah di sebelah kiri. sekian

1 comments:

Unknown said...

assalamualaikum,,
saya nak tnya,,contoh la ada situasi macam ini di sekolah,,
pelajar perempuan solat jemaah dengan imam perempuan sebab pelajar lelaki memang tad ada langsung masa itu,,time pelajar perempuan yang ikut imam perempuan solat,,tetiba dengar pelajar lelaki angkat takbir,,
jadi,,adakah pelajar perempuan yang dah solat dengan imam perempuan itu kena berhenti solat dan ikut imam lelaki atau teruskan solat sahaja,,bagaimana pulak dengan pahala solat jemaah perempuan tadi?
mohon keterangan...

Post a Comment