Jan 25, 2009

Berjemaah dengan anak yang belum akil baligh

Sekiranya seorang bapa ingin bersolat jemaah dengan anaknya yang belum lagi akil baligh...

a- Sahkah solat jemaah itu...?

b- Adakah pertunjuk as-Sunnah dalam hal seperti ini?

***********************************
thtl

al-Jawab:

a) solat jama'ah itu sah.

b) dalilnya ialah Hadith Ibn Abbas yang dikeluarkan oleh Bukhari (138) Muslim (763) bahawa Ibn Abbas yang masih kecil bermalam di rumah mak ciknya Maimunah Ummul Mukminin dan beliau solat di kiri Nabi saw, tapi nabi saw mengubah kedudukanku di kanan beliau.

Fuqaha' berselisih mengenai umur kanak-kanak itu, ada yang mengatakan umur mumaiyyiz (7 tahun). jika mencapai umur mumaiyyiz (sekitar 7 tahun), maka solat jama'ah itu sah. Ini merupakan pendapat jumhur kecuali Malikiah (Ibn Qudamah, alMughni, 2/178), manakala Hanabilah hanya sah pada solat sunat shj. Berkata Syaikh Ibn Baz, mantan Mufti al-'Aam KSA, solat berjama'ah dgn anak kecil sah jika kanak2 itu berumur 7 tahun (syarah Bulughul alMaram, hadith # 435) W

33 comments:

Unknown said...

saya seorang ibu ingin mengimamkan anak2 saya ketiga2nya lelaki perlukah
1. saya membaca dgn kuat supaya ianya di dengari oleh anak2 saya.
2.anak saya yg sulung sudah pun bersunat bolehkah saya mengimamkan anak saya bersama2 anak2 yang lain.
niat saya mengimamkan mereka adalah kerana ,nama pun anak2 mereka kalau tidak di perhatikan mainlah jadinya.

Admin said...

Puan Zarinah tidak boleh menjadi imam kepada anak lelaki walaupun belum baligh, ini perintah mutlak.
Anak-anak lelaki yang belum baligh ulamak berbeza pendapat samada boleh jadi imam atau tidak. Mengikut mazhab shafie boleh anak sulung itu jadi imam dengan syarat dia telah ada pengetahun tentang rukun2 solat dan boleh membaca quran dgn agak baik. Didik anak-anak supaya jadi iamam dalam solat sunat dahulu.

untuk mengajar anak-anak solat tidak ada salahnya tetapi wanita tidak boleh menjadi imam kepada anak lelaki. wanita hanya boleh jadi imam sesama wanita.

tidak salah puan mengajar anak supaya dia boleh jadi imam di rumah.

Miss N said...

saya seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang belum baligh. disebabkan beberapa masalah saya selalu menjadi imam sembahyang kepada kesemua anak2. tujuan saya adalah untuk mendidik mereka solat. kalau menurut jawapan diatas tidak boleh. jadi bagaimana saya nak mendidik anak lelaki saya yang masih belum pandai solat???

Sukri mohd sapiee said...

as'salam.. boleh ibu menjadi imam kepasa anak lelakinya shingga kah anak lelakinya itu boleh menjdi imam. jika sah anak lelakinya tekah boleh menjadi imam.. maka haram hukumnya ibu mengimamkan solat.. tapi.. jika ank kelakinya itu tidak boleh menjadi imam atas asbab blom pandai atau blom tahu maka harus.

Sukri mohd sapiee said...

as'salam.. boleh ibu menjadi imam kepasa anak lelakinya shingga ah anak lelakinya itu boleh menjdi imam. jika sah anak lelakinya tekah boleh menjadi imam.. maka haram hukumnya ibu mengimamkan solat.. tapi.. jika ank kelakinya itu tidak boleh menjadi imam atas asbab blom pandai atau blom tahu maka harus.

Sukri mohd sapiee said...

as'salalm.. soalan ana.. kemana si ayah?

madam 'Z' said...

Inilah yang kadang2 amat menyedihkan, ada segelintirpara ibu nak yang terbaik untuk anak2 tetapi ada segelintir suami yang memandang ringan tugas mendidik anak dgn alasan mencari nafkah.. Jadi kami para ibu sukar nak menegur suami kerana sikap suami / ego suami / kurangnya ilmu agam dlm diri suami.

Anonymous said...

Setuju dengan madam 'Z'...

Anonymous said...

Salam..bolehkah anak lelaki saya yang belum baligh mengimankan saya..ibunya

Anonymous said...

Kita hendaklah bersangka baik. Mungkin ayahnya bertugas jaga di waktu si ibu menjadi imam.

Dunia sekarang sudah tungging terbalik. Sukar nak jaga segalanya supaya teratur. Orang atas cara orang atas. Orang bawahan pun segala macam masalah dok ada.

Anonymous said...

Nak tanya,selalu saya solat anak buah saya mengikuti sekali solat,boleh kah sy menjadi imam?
Anak buah sya masih kecil umur 6tahun blm lancar lagi solatnya dan bacaannya,

Anonymous said...

Nak tanya,selalu saya solat anak buah saya mengikuti sekali solat,boleh kah sy menjadi imam?
Anak buah sya masih kecil umur 6tahun blm lancar lagi solatnya dan bacaannya,anak buah saya lelaki...

Unknown said...

Assalamualaikum wbt,

Saya sebagai ibu hendak mengajar anak-anak solat bagi yang belum pandai solat dan belum baligh lagi secara berjemaah.Seperti jawapan di atas hukumnya harus dan bagaimana kedudukan/susunan anak lelaki saya (5 tahun) dengan anak perempuan saya (7 tahun) ketika bersolat secara berjemaah.

Apakah hukumnya jika suami saya ada atau tiada sewaktu saya menjadi imam kepada anak-anak saya? Terima kasih di atas kerjasama ustaz.

Anonymous said...

Sy pun ingin jawapan.. kerana suami tidak solat..��

Anonymous said...

Saya juga nak tnya soalan hmpir sama di ats.
Ank saya 4 org
Pertama 11tahun dikuti 10//8tahun
Yg ke empat prmpuan 6 tahun
Semua dh brsunat tp belum baligh.mreka slalu mntak saya imamkan tp saya x brani sbb tak pasti hukum ibu imamkan ank laki.
Tujuan saya nak didik cintai agama.tu pun pda wktu ketiadaan suami.jika suami ada cuma yg prempuan msuk bilik solat dgn saya.yg lain terus tak solat.
Jad bg soalan saya ni,sekiranya saya nk imamkan mereka bolehkah?kerana semua masih tak pndai solat.sian ank saya sebenarnya kmi semua tringin nak berimam.��

Ally said...

Bagaimana kalau anak yg berumur 8 thn. Bolehkah dia menjadi iman kpd ibunya? Bacaan belum lancar tapi sudah tahu solat? Niat adlh untuk membiasakan anak.

Zulbakar said...

Bagaimana seorang bapa jadi imam solat dirumah yang makmumnya adalah anak2 perempuan,isteri,adik dan kakaknya?

Unknown said...

sah kah sholat saya jika yg menjadi imam anak sulung saya berumur 7 tahun yg baru hafal surat pendek sedikit tp dah tahu rukun sholat.saya sudah berpisah ang suami

Unknown said...

Sy mahu bertanya..sy bersembahyang dgn anak perempuan sy yg berumur 7 & 5 tahun,yg tujuh tahun dikira sdh boleh mengigat bacaaan2 dlm solat..jd soalanya apakah niat sy menjadi imam atau berniat seperti biasa.

Akhmad Dani said...

jawabnya ada di sini
https://pengdais.blogspot.com/2019/06/syarat-jadi-imam-dalam-shalat-berjamaah.html

Alleyza Collection said...

Setuju. Kebanyakan lelaki zaman skrg memandang ringan bab agama. Terutama solat. Mereka tahu kewajipan mereka menjadi imam tp tiada perasaan takut

Unknown said...

yg mau soal balik tu knapa ba juga. mnatau ayah dia jauh, atau sdh tiada. mesti mau tunggu ayah dia ada dulu kah ?

Unknown said...

Betol. Kadang2 bukan semua ayah tahu mengimamkan jemaah di rumah. Jadi boleh ke anak perempuan imamkan ibunya dan adik beradik perempuannya sedangkan ada ayah di rumah

Unknown said...

bkn dunia yg tunggang terbalik tp manusia itu yg tgang terbalik krn mengambil sikap endah x endah pd tjwb terhdp didikan keluarga

Akhmad Dani said...

betul. wanita hanya boleh dan sah jadi imam untuk wanita saja.

Unknown said...

Bolehkah saya tahu..... Bagaimana kedudukan imam andainya anak lelaki saya yg ingin menjadi imam bagi ibunya???

Unknown said...

Benarkah ada orang berkata jika kita mahu mengimamkan keluarga sendiri perlu tauliah atau sijil dari Jabatan agama sebagai syarat sah sebagai seorang bapa yg mahu mengimamkan anak2 dan isteri mereka ?

Unknown said...

Saya sorang ibu yg ada anak lelaki umur 4 dan 8 tahun masih belum pandai solat,kerana ingin mendidik mereka solat jemaah,saya terpaksa jadi imam..sah ka tidak solat saya ustad?

Unknown said...

maaf bertanya , kalau sebelum ni kita tak tahu yg wanita tak boleh jdi imam utk adik lelaki adakah solat kita utu sah ye ? saya perlukan jawapan 😭

Unknown said...

maaf nak tanya , kedudukan iman dan makmum mcm mana ye dlm situasi ni

Unknown said...

salam sya nk brtnye sy ada 2 org ank lelaki brmur 9thn dgn 7thun dan seorng ank prmpuan.. jdi siapa yg boleh imam kan.. sya dah xde suami..

Anonymous said...

Saya pun inginkan jawapan utk soalan ni...

Anonymous said...

https://youtu.be/z3rfuTY6ofk

Ibu tidak boleh menjadi imam untuk anak lelaki yang telah mumayyiz walaupun anak belum baligh walaupun niat ibu untuk mendidik. Boleh rujuk pada video yang diberikan. Wallahualam

Post a Comment