Jul 21, 2009

Makmum Tepuk Belakang

talfiq

Salam

Boleh ke kalau time kita solat sorang, tiba-tiba ada jemaah tepuk belakang dan berimamkan kita, katala solat Jahr macam maghbrib. Time sekolah dulu memang selalu la buat, tapi skang ni nak tau dalil boleh ke tidak ...

Sebab ada baca pendapat sorang brader ni, dia kata kalau kita solat sorang, tak boleh berubah niat, sebab nanti batal sebab berubah niat. Jadi katala dalam kes solat jahr, kalau solat sorang, tentula baca senyap. Tapi since dah ada orang nak berimamkan kita, takkan tak jahr bacaan.

Tapi kalau kita pilih untuk solat sendiri, macam mana hukum jahr bacaan ketika solat bersendirian?

2) kalau solat berjemaah berdua, tiba-tiba imam putuskan solat (katala terkentut), lepas tu makmum kena tunggu ke atau mufaraqah?

katala tunggu kebetulan lak imam tu pegi jawab phone ke atau ada gangguan lain, lama la plak nak tunggu.


Wassalam

JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masuk sembahyang berimamkan orang yang sedang bersembahyang bersendirian adalah dibolehkan. Kisah Ibn Abbas r.a. adalah salah satu dalilnya. Ulasan tentang perkara ini boleh dibaca di:


SJ-05-0474 : Masalah Masbuk
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37806

SOALAN:

Salam
sekiranya kita masuk ke masjid dan nmpk seorang lelaki sedang solat dan kita hendak mengimamkannya,ttp tidak tahu solat apa yg sdg dilakukan,dan posisi mn makmum ..dan sekiranya dtg makmum kedua,di mnkah kedudukannya?

1)cara2 utk mengimamkan lelaki tersebut,dan bagaiman jika lelaki itu hanya solat sunat sedangkan syg ingin solat asar.
2)posisi sekiranya makmum seorang
3)posisi sekiranya makmum 2 org,dan cara untuk makmum kedua menyertai solat tersebut. Wassalam

JAWAPAN:

Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Untuk menjadi makmum kepada orang yang sedang bersolat sendirian, hanya berdiri disebelahnya (kanan) dan bertakbiratul ihram.

Tidak ada masalah jika solat imam berbeza dengan makmum. Contohnya, imam solat sunat, makmum solat fardhu, atau sebaliknya. Dalilnya, hadis Jabir:


أن معاذ بن جبل كان يصلي مع رسول الله صلى الله عليه و سلم العشاء الآخرة ثم يرجع إلى قومه فيصلي بهم تلك الصلاة

Maksudnya: Muaz bin Jabal bersembahyang Isyak bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kemudian dia balik ke kaumnya, lalu dia bersembahyang bersama mereka solat tersebut (Isyak).

Direkod oleh Bukhari (no: 679) Muslim (no: 465). Lafaz bagi Muslim.

2) Sunnah dalam kedudukan seorang imam dan seorang makmum ialah: makmum berada di sebelah kanan imam dalam satu saf, tanpa ke belakang.

Ini berdasarkan kepada hadis masyhur tentang solat malam Rasulullah SAW bersama Ibn Abbas, baginda mengalihkan Ibn Abbas daripada kirinya ke sebelah kanannya.

Imam Bukhari meletakkan hadis Ibn Abbas ini di bawah tajuk:

باب: يقوم عن يمين الإمام بحذائه سواءً إذا كانا اثنين

Ertinya: Bab Apabila Mereka (jemaah) Terdiri Daripada Dua Orang, Maka Makmum Berdiri Di Sebelah Kanan Imam Sebaris Dengannya, Dalam Kedudukan Sama.

Kata Ibn Rajab, "Maksudnya ialah seorang makmum berdiri di sebelah kanan imam, sebaris dengannya tidak terkedepan dan tidak terkebalakang".

2) Jikam makmum dua orang, kedudukannya menurut jumhur ialah kedua-dua makmum membuat saf di belakang imam.

Cara makmum kedua menyertai jemaah, samada dia menolak imam ke hadapan dan membuat saf dengan makmum pertama. Atau dia menarik makmum pertama ke belakang dan membuat saf bersamanya.

Wallahu A'lam.

Berubah niat daripada sembahyang sendirian kepada sembahyang jemaah, tidak menjejaskan sembahyang.

Berkenaan dengan bacaan perlahan atau kuat, jika sudah dikira berjemaah maka hukumnya hukum solat jemaah. Dikuatkan pada solat sebelah malam (maghrib, isya dan subuh) dan diperlahankan pada solat siang (zohor dan asar).

Dalam solat sendirian, ada khilaf. Imam Syafie berpendapat sunat dibaca kuat dalam solat-solat jahriyyah. Manakala Imam Ahmad mengatakan diberi pilih samada kuat atau perlahan. Kerana tuntutan bacaan kuat hanya dalam solat jemaah.

Berkenaan tepuk belakang, sudah ada penjelasan daripada Maulana Asri tentangnya. Kesimpulan, tidak perlu ditepuk atau dicuit.

2) Masalah ini masalah khilaf. Ramai ulama (termasuk Syafie dalam pendapat qadimnya) berpendapat jika seseorang terbatal wudhuk ketika solatnya, boleh dia berwudhuk dan kembali menyambung solatnya. Tidak perlu dimulai dari awal.

Terdapat dua hadis bertaraf mursal dalam perkara ini, dan diamalkan oleh ramai sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan hadis mursal apabila disokong oleh jumhur sahabat, ia menjadi hujah di sisi sesetengah ulama. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah).

Imam Nawawi menukilkan pendapat ini dari ramai sahabat, antaranya: Umar, Ali, Ibn Umar, Salman al-Farisi, dan Ibn Abbas. (Majmuk 4/76).

Tetapi dalam tempoh keluar mengambil wudhuk, tidak boleh melakukan perbuatan-perbuatan luaran yang tidak diperlukan, seperti bercakap-cakap, makan minum dll.

Jadi menurut pendapat ini, jika imam yang terbatal wudhuknya, makmum boleh tunggu sehingga imam datang kembali ke tempatnya.

Tetapi yang sahih dalam mazhab Syafie dan Ahmad, solatnya terbatal dan tidak boleh disambung balik. Mesti dimulai dari takbiratul ihram.

Wallahu A'lam.

8 comments:

Anonymous said...

salam ustaz. nak tanye .. kalau macam kita ikut imam pada rakaat ke 2 sebab kita tak sempat. jadi pada rakaat ke 2 tu kira rakaat pertama kita, jadi tak perlu baca tahiyat awal ke masa imam sedang membaca tahiyat awal.kemudian, masa imam rakaat ke 3 tu, kita rakaat ke 2, masa tu sepatutnya kita baca tahiyat awal kan, tapi imam tak buat, jadi? then masa imam rakaat ke 4 kita? pastu cara nak ganti 1 rakaat tu camne. kemusykilan ni mula timbul apabila tengok mcm2 gaye orang buat. terima kasih.

Anonymous said...

salam ustaz,

semasa saya kat negara Arab, semasa solat magrib, terdapat kawan arab masbuk rakaat ketiga, kemudianya ia terus 2 rakaat dan salam, setahu saya jika masbuk rakaat ke-3, kita kena dirikan satu rakaat lagi untuk lengkap 2 rakaat pertama dan sambung 1 rakaat terakhir serta salam, mohon ustaz beri penjelasan..

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
Dalam solat berjemaah,jika makmum melambat-lambatkan menggangkat takbiratullihram apakah hukumnya?adakah haram?

Uzeri said...

nak tanya orang tepuk bahu ksaya untuk berimamkan saya tapi saya teruskan shj solat tanpa ubah niat. hukum solat makmum tadi sah atau tak? bagaimanapula hukum pada saya..dosa atau tidak?

Uzeri said...

Saya solat jemaah ketika imam baca alfatihah dlm rakaat 2 solat zohor. adakah ketika tahhiyyat akhir jamaah tersebut adalah tahiyyat awal saya?

Anonymous said...

tak ada hadist tentang solat imam berbeza dengan makmum. hadist itu lengkapnya:

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Muaz pernah sholat bersama Nabi saw. lalu pulang mengimami kaumnya. Pada suatu malam ia sholat Isyak bersama Nabi saw. lalu pulang mengimami kaumnya. Ketika ia mulai dengan membaca surat Al-Baqarah, ada seorang lelaki yang memisahkan diri dari sholat berjamaah sampai salam, selanjutnya mengerjakan sholat sendiri dan pergi. Orang-orang menegurnya: Hai fulan, apakah engkau telah munafik? Ia menjawab: Tidak, demi Allah. Sungguh, aku akan menemui Rasulullah saw. dan memberitahukan hal ini. Setelah bertemu dengan Rasulullah saw., ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah pemilik unta penyiram tanaman, bekerja di siang hari. Sesungguhnya Muaz setelah mengerjakan sholat Isyak bersama Anda lalu pulang dan (sholat bersama kami) mulai dengan bacaan surat Al-Baqarah. Rasulullah saw. menghadap ke arah Muaz dan bersabda: Wahai Muaz, apakah engkau ingin menimbulkan fitnah (kesulitan)? Bacalah (surat) ini dan itu. Sufyan berkata: Aku berkata kepada Amru bahwa Abu Zubair menceritakan kepada kami dari Jabir bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bacalah Was Syamsi wa Dhuhaaha (surat As-Syams), Wadh Dhuhaa (surat Ad-Dhuhaa), Wal laili idza Yaghsyaa (surat Al-Lail) dan Sabbihisma rabbikal a`laa (sutat Al-A`laa), maka Amru menanggapi: Ya, seperti itu.

Unknown said...

assalamualaikum.. saya nak tanya macam mane nk menjadi makmum kepada imam yang solat jamak takhir (asar dan zohor) tetapi imam tersebut sudah masuk solat zohor? adakah dibolehkan untuk solat berjemaah bersama imam yang baru?

Nor hafiz said...

Assalamualaikum..,
Sye sedang qada solat magrib,tiba2 dtg rakan tepuk blakang bertujuan jadi makmum..sedang kan ketika itu sudah masuk waktu isyak,ade kan sye patut teruskan qada magrib sye,??dan apekah yg perlu makmum lakukan ketika itu sbb die tak tau yg sye sedang qada solat??mohon penjelasan...trima kasih

Post a Comment