Jan 17, 2009

Dengar Azan Tetapi Tidak Kemasjid

akum....

apakah hukum dgr azan ttapitidak pergi ke masjid utk mnunaikan solat bjemaah?berdosa ke?dalam karangan dr.harun din ,dia mngeluarkan hadith yg mngatakn tak dtrima solat org yg tidak pi ke m,sjid apbila dngar azan ttpi saya lihat hadith
2 trmasuk dalam hadith maudu' dalam kitab2 hadith.adakah dalil lain ytg mnguatkannya?????

*****************
Salam

Soalan ulangan. Berikut saya lampirkan jawapan al-Ahkam mengenai hukum solat jamaah. WA.

Wassalam

-------------------
Penjelasan ringkasnya:

1. Para ulamak yang mengatakan sebagai sunat mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya ialah:

i. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah itu melebihi sembahyang sendiri dengan 27 darjat. (HR al-jamaah melainkan Bukhari dan al-Tarmizi dari Ibnu Umar)

ii. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang seseorang dalam berjamaah melebihi sembahyang bersendirian, samada di rumahnya ataupun di pasar dengan 20 darjat. (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

iii. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yangluas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang. (HR Abu Daud dari Abu Sa'id al-Khudri)

------
2. Para ulamak yang mengatakan bahawa sembahyang berjamaah itu fardu ain menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

ii. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sekiranya tidak ada di dalam rumah itu wanita dan anak-anak, sudah tentu aku mendirikan jemaah Isyak di sini dan memerintahkan para pemudaku pergi membakar semua isi rumah itu dengan api. (HR Ahmad)

iii. Amr bin Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah s.a.w., aku seorang yang buta dan rumah pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untukku untuk bersembahyang di rumah? Rasulullah bertanya: Adakah engkau mendengar azan? Jawabku: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku kamu tidak mendapat keringanan. (HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majad)

-------
3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri enggan mengerjakan sembahyang berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi memerangi meeka. Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau pendalaman yang tidak didirikan jamaah melainkan mereka telah dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian. (HR Abu Daud & Nasa'i. Dianggap sahih oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim)

-----------
Tarjih:
Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa pendapat pertama (sunat muakkad) yang lebih utama diikuti berbanding pendapat lain. Khususnya pada zaman sekarang ini di mana keadaan semakin sibuk dan ramai orang yang terikat dengan jadual-jadual kerja tertentu. Jika seseorang mendapati kelapangan untuk menyertai sembahyang jamaah, maka wajiblah ke atasnya untuk memastikan syiar-syiar Islam tertegak. (Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili, vol. 2, hal. ??)

Peringatan: Dan ini adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi sebab pertikaian sesama umat Islam.

Sekian, wallahu a'lam.

Rujukan:
Bidayatul Mujtahid - Ibnu Rusyd
Mughnil Muhtaj - Al-Syarbini
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili

Panel aL-AHKAM online

5 comments:

Anonymous said...

apakah hukum membeli dari peniaga yang tidak bersembahyang. contoh penjual di gerai, pasar malam dsbnya. adakah dalil dan nas yg sahih????

Kedai Nasi said...

anonymous --> lagi mau tanya, dengar azan tak pegi sembahyang apa lagi? faham2 je la. takda masa? adakan masa.


ustaz (atau sapa2 yang tulis artikel ni), benar ke masa merubah hukum tersebut?

saya kadang2 kerja balik pukul 5. tapi asar pukul 4.45, serba salah tu memang tak nafikan sebab DAH DENGAR AZAN. nak ke masjid tak dapat. dalam keadaan ni macamana pula?

saya masih belum try mintak keluar nak pegi solat kejap. nanti orang ingat kita nak curi tulang......

minta balas ustaz (or sapa2 lah). salam.

Adib Anuar said...

Apakah hukum lelaki tidak pergi ke masjid yang berada di depan rumahnya tetapi dia solat di rumahnya.Minta balas ustaz

Syafiq Saad said...

salam.
apakah betul seorang lelaki yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke masjid atau surau untuk solat berjemaah adakah solat sendirian nya itu hanya memenuhi kewajiban dan solat nya itu tidak dapat apa apa? mohan ustaz balas.

Mohamad Nur Safar said...

assalamualaikum..
ustaz macam mana kalau saya dengar azan tetapi saya solat jemaah di rumah sebab ibu saya juga solat..mohon jawab

Post a Comment