Jan 17, 2009

Berimamkan Orang Solat Sunat

Assalaamu'alaikum,

Saya ada membaca bahawa dibenarkan utk berimamkan org yg solat sunat. Blh tak nak tahu dalilnya. Dalil yg saya dapati kurang dpt difahami dan kurang 'convincing'. Terima kasih.

***********************
Salam

Alhamdulillah, inilah semangat yg kita inginkan. Ingin beramal dan ingin juga mengetahui dalilnya. Inilah yg dituntut oleh Islam. Namun, soalan sdr adalah soalan ulangan. Lebih cepat sdr akan memperolehi jwpn jika sdr browse terlebih dahulu di dalam arkib. Walaupun begitu, saya akan ttp menjawab soalan sdr secara ringkas.

Fuqaha’ berbeza pendpt mengenai boleh atau tidak sseorang itu berimamkan orang yg mengerjakan solat lain daripada kita. Fuqaha’ syafi’I merupakan mazhab yg paling longgar mengenai pengsyaratannya.

Fuqaha’ syafi’I membolehkan seseorang itu berimamkan mereka yg solat lain. Cthnya, org solat fardhu sah solatnya berimaman org yg solat sunat. Begitu juga org yg solat sunat saha solat berimamkan org yg bersolat sunat yg lain darinya.(Fiqh Islami Jil 2(DBP m/s:245))

Dalilnya:
Dari Jabir dia berkata, "Mu'adz biasa solat bersama Nabi saw kemudian mendatangi kaumnya lalu solat mengimami mereka."[HR Bukhari]

Sebhgn ulama' mengatakan, Mu'adz mengulangi solatnya sebagai solat sunat. WA.

Sekian.

Wassalam

Solatul Jamaah
Dr saalih

Fathul Baari 1
Ibn Hajar

0 comments:

Post a Comment