Jan 3, 2009

Rampai Soalan Jemaah

Salam

1. Jika seseorang sedang solat ba'diyah maghrib dilantik sebagai imam, adakah dia perlu menguatkan bacaannya?

2. Jika memakai seluar panjang yang berlubang kecil contohnya seperti terkena puntung rokok di bahagian paha atau lain-lain kawasan aurat, adakah dikira aurat & bolehkah solat dengan memakainya?

3. Jika terlambat menghadiri solat berjemaah dan sudah pun ada beberapa saf, adakah masih perlu mengutamakan saf hadapan jika masih ada kekosongan?

4. Jika seseorang itu belum hafaz bacaan didalam sujud sahwi namun tahu cara melakukannya, bolehkah dia melakukannya tanpa membaca apa-apa atau membaca bacaan tasbih lain yang diketahuinya?

5. Sekiranya seseorang terlelap didalam solatnya, adakah solat itu sah?
_________________

Salam

Banyak bebenor soalan. So, ana cuba jawab soalan 1 dahulu.

Sekadar memberi jawapan dlm fiqh perbandingan dlm hal solat imam yang berlainan makmum.

Mazhab Syafi'ie

Mengikut qaul mazhab syafi'ie, kesatuan imam dan makmum hanya dari segi cara-cara sembahyang. Sekiranya terdapat kelainan perbuatan sembahyang antara imam dan makmum, maka solat makmum tidak sah/fasid (batal).

Orang bersolat sunat dibenarkan berimamkan org yg solat fardhu dan orang solat fardu berimam org yg solat sunat. Orang tersebut tidak perlu buat apa-apa dan teruskan solat. Dan tidak perlu dijahrkan (kuatkan) suara Sekiranya org tersebut enggan menjadi imam, dia diharuskan melangkah ke depan sebagai isyarat. Kalau org tersebut ikut juga, biarkan. Makmum akan beroleh pahala berjemaah tetapi imam tidak dapat pahala berjemaah.

Mazhab Hanbali
Qaul (Pendapat) mazhab hanbali, kesatuan (persamaan) utk berjemaah itu hendaklah pada jenis fardu dari segi masa dan namanya. Org yg sembahyang zohor tidak sah mengikut imam yg bersembahyang asar. Org yg sembahyang fardhu tidak sah mengikut org yg sembahyang sunat. Orang yg sembahyang sunat sah mengikut (berimam) orang yg sembahyang fardhu. Ini disandarkan kpd dalil, sabda rasulullah dlm masalah mengulangi sembahyang kerana tujuan berjemaah.

Dari Abu Said Al-khudri, bahawa seorang lelaki telah datang ke masjid, di mana Rasulullah S.A.W telah pun selesai daripada fardhu asar. Lalu baginda bersabda: "Siapakah yg hendak bersedekah utk orang ini, hendaklah ia bersembahyang bersama-samanya, lalu bangun seorang lelaki daripada kumpulan yg ada dlm masjid itu bersembahyang bersamanya." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan At-tirmidzi. Hadith Hasan dgn sanad yg baik.)

Dari Abu Hurairah, bahawa baginda S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Imam itu dijadikan utk diikuti, oleh itu jgnlah kamu selisih dgnnya..."(Hadith muttafaq 'alaih. Kata Ibn Abdil Bar, riwayatnya mauquf melalui jalan yg mutawatir)

Mazhab Maliki
Qaul mazhab maliki pula, kesatuan itu pada zat sembahyang dan masa sembahyang meskipun bersamaan dari segi qada'. Tidak sah sembahyang solat zohor hari sabtu dgn berimamkan org solat zohor pada hari ahad. Orang yg sembahyang sunat hanya sah berimamkan orang yg solat sunat. Org yg solat fardu hanya sah berimamkan org yg solat fardhu. Maksudnya, jenis sembahyang imam mestilah sama dgn makmum walaupun masa.

Mazhab Hanafi
Qaul mazhab hanafi, kesatuan tersebut ialah makmum sempat masuk dlm sembahyangnya dgn niat sembahyang imam. Dgn itu jadilah sembahyang imam mencakupi sembahyang makmum. Org yg bersolat fardu tidak boleh bersembahyang di belakang org solat sunat.

Wassalam

Rujukan:
Al-Fiqh Islami wal adillatuhu al-juz thani, Dr. Wahbah Az-Zuhaili
_________________

Soalan sama:

Sekira lewat sampai ke masjid dan didapati saff masih kosong pada barisan hadapan, maka hendaklah memenuhi saff terlebih dahulu. Sekiranya tidak berbuat demikian, makruh mengikut pendapat jumhur (berdasarkan hadith riwayat Abu Bakra R.A). Sesetengahnya mengatakan solat tidak sah.
Memenuhi Saff Hadapan
_________________

Soalan 2 & 5

Menutup Aurat syarat sah sembahyang

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (mengerjakan sembahyang)" (Surah Al-A'raaf: ayat 31)

Para mufassir mentafsirkan ayat ini, Pakaian (ziinatakum) di sini merujuk kpd menutup aurat. Masjid merujuk kpd solat.

Ayat ini diturunkan utk mengutuk perbuatan penyembah berhala yg melakukan tawaf keliling kaabah dlm keadaan telanjang. Dari Shu`bah R.a berkata bahawa Salamah bin Kuhail berkata bahawa Muslim Al-Bain berkata bahawa Sa`id bin Jubair berkata bahawa Ibn `Abbas berkata, “Penyembah2 berhala akan berjalan keliling kaabah dlm keadaan berbogel termasuk lelaki dan perempuan di mana lelaki pada waktu siang dan perempuan pada waktu malam. Wanita tersebut akan berkata, “hari ini, sbhgn atau kesemuanya akan didedahkan tetapi apa yg terdedah itu, aku tidak benarkan.” Lalu turunlah ayat ini, firmanNya:

[خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ]

[Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang], Al-`Awfi berkata bahawa Ibn `Abbas berkata tentang ayat itu: “Di sana terdapat manusia melakukan tawaf dlm keadaan bogel,dan Allah telah memerintahkan mereka memakai pakaian yg mana pakaian itu bersih, sempurna dlm erti kata menutup bhgn2 sulit mereka. Manusia diperintahkan utk memakai pakaian yg baik (menutup aurat) ketika hendak mengerjakan solat. Mujahid, `Ata', Ibrahim An-Nakha`i, Sa`id bin Jubayr, Qatadah, As-Suddi, Ad-Dahhak dan Malik meriwayatkan kisah yg sama dari Ibn Syihab Az-Zuhri dan dari bbrp fuqaha salaf.

Salamah Ibn Al-Aku’ bertanya baginda S.A.W, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku bersolat dgn memakai baju yang panjang?” Baginda menjawab, “Ya, tetapi butangkan ia walaupun sekadar dgn deduri” (Riwayat Bukhari dlm tareekhnya)

Terlelap ketika solat

Org yg tidur dlm solat tidak dinamakan bersolat tetapi tidur. Namun org yg tersengguk2 kerana mengantuk, seseorang itu hendaklah berhenti solat dan rehat terlebih dahulu utk menghilangkan mengantuknya.

Dari Aisyah bahawa baginda S.A.W bersabda: “Apabila di antara kamu bangun di tgh malam utk bersolat dan membaca alquran dan bacaannya menjadi tidak jelas sampai dia sendiri tidak mengetahui apa yg diperkatakannya, hendaklah ia baring (rehat).” (Hadith Muslim)

Dari Anas R.A bahawa baginda S.A.W masuk ke masjid dan terlihat tali yg tegang antara 2 penjuru. Baginda S.A.W bertanya, “Apakah ini?” Org ramai memberitahu beliau bahawa tali itu digunakan oleh Zainab bint Jahsh di mana apabila beliau penat atau mengantuk, beliau akan berpaut padanya (agar berdiri). Baginda S.A.W bersabda: “Alihkan tali itu. Solatlah pabila kamu merasa segar dan pabila kamu merasa penat atau mengantuk, baring dan rehat. (Hadith Bukhari dan Muslim)

Rujukan:
Tafsir Ibn Kathir
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
_________________

Salam

Bhgn Akhir :fuhh

Bacaan Dlm Sujud Sahwi

Tiada hadith yg menyebut bacaan dlm sujud sahwi secara sarih.

Antara hadith ttg sujud sahwi:
Dari Abu Said Al-Khudri bahawa baginda membuat sujud 2 kali sblm baginda memberi salam. (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Dari Ibn Buhainah, apabila baginda selesai dari sembahyang, baginda melakukan sujud 2 kali kmdn memberi salam (Riwayat An-Nasa’ie)

Antara lainnya kisah masyhur Zul Yadain.

Fuqaha mazhab hanya mengatakan bacaan dlm sujud sahwi adalah sunat.

Fiqh hanbali mengatakan bacaan dlm sujud sahwi adalah sama dgn bacaan sujud solat kerana sujud sahwi itu disuruh melakukan dlm sembahyang: dgn itu ia adalah sama spt sujud solat itu sendiri.

Sesetengah fuqaha syafie mengatakan sunat membaca “subhanamallaa Yanaamu walaa yas hu”. Sesetengah fuqaha syafie yg lainnya mengatakan yg rajihnya ialah bertasbih sama spt sujud dlm sembahyang.

Wallahua'lam

Al-Fiqh ISlami, Az-Zuhaili
_________________

Wassalam

Tahqeeqan:

Saya rumuskan secara ringkas:

1. Imam yg sedang mengerjakan solat sunat ba'diyah Maghrib itu boleh menguatkan bacaannya. Dalil: Athar sahabi, Mu'adz bin Jabal ra setelah dia solat Isya' bersama Nabi saw, kemudian pulang kepada kaumnya dia menjadi Imam pulak kepada mereka. Nabi saw tidak mencegahnya. (alMughni: 2/521)

2. Seluar berlubang.
Madzhab Syafi’iy adalah paling tegas. Tidak sah kecuali dharurat dan tidak ada pakaian yg lain (alMajmu’: 3/172; mazhab Hanafi pulak meringankan jika kecil lubangnya, begitu juga madzhab Hanbali (alMughni: 1/452 dan 601; Majmu Fatawa Syaykhul Islam: 2/123) Tapi kalau seluar mat Rock ala punk tu tak bolehlah.

3. Dah dijawab oleh Ust Zayed

4. Bacaan dalam sujud Sahwi adalah sama dgn bacaan dalam sujud biasa (jumhur)

5. Terlelap dalam solat atau lalai buat seketika. Solat adalah sah tapi Makruh. (Ibn Hazm, alMuhalla: 4/178) Dalil: HR Abu Daud (Sunan: 1/239) dari Ammar ra," seseorang yg terpaling tidak ditulis kecuali 10 solatnya itu 9, 8, 7, 6, 4, 4 atau dua." Tarjeeh: Pahala solat itu berkurang disebabkan faktur2 yg menghilangkan khusyu'nya. WA

1 comments:

Anonymous said...

assalamalaikum..saya nak tanya.jika kita makmum,adakah kita hanya menurut apa yg dibaca oleh imam atau kita harus membaca surah kita sendiri? adakah kita kena baca selepas imam selesai satu2 ayat?

Post a Comment