Jan 3, 2009

Majlis Ilmu Ketika Orang Solat Sunat

Salam

Situasi: Kerapkali bila ada majlis ilmu, cthnya seperti selepas Maghrib biasanya. Kadang-kala ada jemaah yg masih solat sunat ba'diah, awwaabin, mungkin jugak solat2 yg lain.

Soalan :

a) Adakah perlu utk tunggu mereka selesai solat, baru adakan majlis ilmu jikalau takut2 mengganggu mereka (tambahan pula jika menggunakan mikrofon)? :head

b) Maksud saya, memanglah lebih baik jika ditunggu semua orang selesai solat, barulah diadakan majlis ilmu utk manfaat yg lebih besar; tapi, bagaimana jika solat sunat tak kunjung tamat? Lepas sorang habis, sorang lagi bangun pulak. Wirid lain2, solat pun kadar bacaan ayat berlainan ikut individu. Ada yg habis awal, dan ada yg habis lewat. Waktu utk majlis ilmu agak fixed. Kalau kena masa ada yg tengah solat 12 rakaat awwabin, wallahu a'lam bila nak start majlis ilmu :grin:. Harap panel dapat terangkan awlawiyatnya.

c) Bagaimana jika ada yg mendakwa majlis ilmu adalah amal secara berjemaah, padahal solat sunat ialah amal individu. Maka, amalan secara jemaah lebih utama dari individu. Boleh pakai ke logik ni? (Ni hujah daripada yg kata elok majlis ilmu start je pada waktu fixed, tak payah tunggu semua orang habis solat sunat.)

d) Dan ada pula suara saudara yg lain mengatakan, dalam sunnah Nabi SAW, yg lebih pasti dan fixed masanya selepas solat fardu, adalah kerjakan solat sunnat ba'diah. Majlis ilmu ni, bila2 pun boleh buat, takde masa yg fixed. Jadi, solat sunatlah yang lebih afdal utk ditunaikan dahulu berbanding mengadakan majlis ilmu. (Ni hujah yg kata, tunggu semua orang habis solat dulu.)

e) Bagaimana pula dgn jemaah yg masbuk, atau yg lewat sampai, atau jemaah yg baru dibentuk utk solat wajib (imam lain). Adakah perlu tunggu jugak utk mereka ni tamatkan solat mereka, barulah dimulai dgn majlis ilmu? (Perhatikan di sini, solat yang ditunaikan adalah solat fardu, bukannya solat2 sunat seoerti di atas)

e) Ingin saya lontarkan, peristiwa di mana Rasulullah SAW berkhutbah, dan ada seorang lelaki baru tiba dan terus duduk. Setelah ditanya Rasulullah SAW sama ada sudah solat ke belum, lelaki itupun bangkit solat. Takde pulak Rasulullah SAW 'pause'kan khutbah baginda waktu itu. Jadi, utk kes majlis ilmu, adakah hujah ini boleh digunakan?
(Perhatikan peristiwa ini adalah ketika solat Jumaat)

Perkara ini saya percaya berlaku di mana2 masjid, baik di bumi Amerika ini, Malaysia, ataupun mana2 tempat. Bagaimanakah amalan Rasulullah SAW dan para sahabat RA berkaitan perkara ini?

Harap panel dapat terangkan. Wallahu a'lam bissowab.

Wassalam

p.s.:Saya ni banyak pakai logik rasanya dlm perkara2 agama mcm ni. Bahaya betul. Harap dapat petunjuk drpd Allah dgn asbab tuan2 kat al-ahkam ni.
--------

Wassalam

Jawab:

Kema'afan kerana sudah sebulan soalan ini dalam Bank Soalan.

Inilah jawapannya (secara ringkas):

a. Mesjid jami' sudah ada aturcara yg standard. Cth: Jika kuliah itu ialah Kuliah Maghrib, biasanya ia bermula selepas Ba'diyah Maghrib. Jika sebaik sahaja tamat solat dan Penceramah terus memberi kuliah tanpa memberi peluang makmum melaksanakan solat sunat, maka dia adalah penceramah yg bodoh akan sunnah.

b. Fiqh Awlawiyat ialah program kuliah Ilmu hendaklah dimulakan sebaik saja majoriti ahli qaryah yg menjadi makmum tetap tamat mengerjakan solat sunat (sunnahnya 2 Raka'at), Bagi makmum yg masbuq dan ingin mengerjakan solat Awwabin, dia hendaklah memilih sudut yg jauh dari tempat ceramah. Solat Awwabin ini mengikut jumhur bukanlah sunnat yg kuat. (Nailool Awthor: 2/81)

c. Benar sekali, Sunnah yg asal ialah solat sunat itu afdhalnya dilakukan di rumah-rumah masing. Isu di sini ialah makmum hendaklah ada kefahaman yg sama. Solat sunat yg afdhal ialah 2 raka'at sahaja. Jika ada makmum yg nak buat Awwabin 12 raka'at, maka tergendalalah program ceramah itu. Jadi AJK mesjid dan Imam kena main peranan set jadual yg menasabah bila sebaiknya ceramah boleh dimulakan.

d. Kebanyakan mesjid memulakan kuliah ilmu dengan memberi ruang kepada makmum mengerjakan solat sunat. Jika ada mesjid yg memulakan kuliah sebaik saja tamat solat fardhu adalah ekstrim.

e. Biasanya mesjid ada veranda atau serambi, maka si masbuk dan jama'ah round ke dua dan ke tiga hendaklah bersolat di situ. Hak makmum qaryah yg solat bersama Imam rawatib adalah diutamakan.

f. Hadis yg anda maksudkan itu ialah perihal pentingnya solat sunat tahyatul mesjid. ianya boleh dilakukan hatta Khatib sedang berkhutbah. Tidak boleh diQiaskan dgn ceramah dan majlis ilmu yg anda maksudkan itu.

Logik boleh dipakai, tapi nas didahulukan dari logik. Fiqh yg banyak pakai logik dinamakan ahli ra'yi. WA

0 comments:

Post a Comment