Jan 25, 2009

Solat Jenazah Di Kubur

Salam
kecoh di sebuah kampung apabila seorang YB yg xbkesempatan untuk mengerjakan solat jenazah di masjid mengerjakan solat jenazah di kubur iaitu selepas dikebumikan mayat tersebut..dan solat tersebut disertai oleh imam kampung tersebut..kecoh apabila ada yang mengatakn tidak boleh amalan tersebut dilakukan dan apa pula pihak yang membenarkannya..
apakah perkara ini (mengerjakan solat jenazah di kubur sebaik shj mayat dikebumikan) dibenarkan @ diharamkan @ perkara khilafiah??

Wassalam

****************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Bahkan ia adalah sunnah. al-Sayyid Sabiq, dlm Fiqh Sunnah jld 4/120-122 menukilkan sebuah hadith dari Yazid bin Tsabit di mana Nabi saw dan sekumpulan sahabat menziarahi perkuburan Baqi', baginda terpandang sebuah kubur yg baru. Lalu beliau bertanyakan kubur siapakah itu. Bila diberitahu, Nabi dgn nada marah mempersoalkan kenapa beginda tidak diberitahu. para sahabat menjelaskan ketika pemakaman itu mereka mendapati beliau sedang tidur. Tapi Nabi kemudian melarang perbuatan itu dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu kerana solat baginda ke atas mayyit adalah rahmat. Lantas baginda membuat saf dan solat di kuburan itu. [HR Ahmad, Nasa'iy, alBaihaqi, al-Hakim dan disahkan oleh Ibn Hibban] al-Albani menilai sanad hadith ini sahih dalam ahkam alJanaiz (ms 114). sekian WA

2 comments:

Nurizati Khasim said...

bagaimana menerima upah sembahyang jenazah?

Admin said...

salam

upah solat jenazah adalah satu perbuatan tercela tinggalan nenek moyang yang harus dibenteras...

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/upah-kpd-org-yg-solat-jenazah.html.

Post a Comment