Jan 19, 2009

Solat Para Sahabat Yang Cedera

Salam
Saya musykil, tentang bagaimana dalam banyak riwayat-riwayat peperangan yang disertai oleh para sahabat r.a.a, ada diceritakan tentang sahabat-sahabat tercedera di medan perang, mereka bersolat bagi menahan sakit atau ketika hendak diubati (ketika hendak mencabut anak panah yang tercucuk di badan dll). Adakah berdarah itu tidak membatalkan solatnya? Harap dapat dijelaskan...
_________________
Salam

Darah adalah najis berdasarkan firman Allah berikut:

“…..atau darah yang mengalir atau daging babi - karena sesungguhnya semua itu najis…..”[6:145]

Namun, sekiranya sdr ingin memegang kpd pendapat yg mengatakan najis itu salah satu dari syarat sah solat, darah yg keluar ketika perang misalnya, kita kembali kpd kaedah fiqh iaitu ‘Kesukaran membawa kpd kemudahan.’ Maka darah tersebut adalah dimaafkan krn berada dalam keadaan dharurat. Firman Allah

Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. [2:185]

Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. [5:6]

Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.[22:78]

Sekian. WA.

Wassalam

RUJUKAN

Fiqhul Manhaji 'ala Mazhabil Imam asy-Syafi'i
[Kitab Fiqh Mazhab Syafi'i]
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji

Perbahasan Kaedah Fiqh
Ustaz Abd Latif & Ustazah Rosmawati Ali
_________________
Wassalam

Tahqeeq/Tarjeehan

Hal ini boleh ditemukan dalam kitab Fiqh Sunnah, Jld 1: bab Najis.

a. Allamah Sayyid Sabiq menerangkan HR alBukhari dari alHasan (bin Ali ra), "kaum muslimin tetap solat walaupun mereka dalam keadaan luka." alMuhaddith alAlbani (Tamamul Minnah) mengatakan hadis ini tidak bersanad (mu'allaq); manakala Ibn Abi Syaibah mengatakan hadis ini bersambung/bersanad (dipetik oleh Syaikhul Islam Ibn Hajar (alFath: 1/211)

b. Umar alKhattab ra meneruskan solatnya selepas ditikam oleh Abu Lu'luah walaupun darahnya banyak yg mengalir (Ibn Hajar, alFath, ibid)

c. Kisah seterusnya, Sayyid Sabiq menulis bahawa Abu Hurairah ra ada berkata tidak mengapa, orang solat terkeluar darah satu tetes atau dua. Koreksi Albani (Tamamul Minnah): Hadis ini lemah (dha'ef) kerana terdapat perawi bernama Syarik bin Abdullah alqadhi yg lemah hafadzannya.

Pendapat Imam alMuhaddith AlAlbani mengenai darah manusia yg keluar semasa solat. Walaupun dalil2 dalam Fiqh Sunnah itu ada kecacatannya, darah dihukumkan tidak NAJIS kerana tidak dinyatakan secara jelas dalam AQ dan asSunnah. WA

0 comments:

Post a Comment