May 3, 2009

Qiyamullail Berjemaah

mercury
Salam

Quote:
إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا أو صلى ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذكرات
الراوي: أبو هريرة و أبو سعيد الخدري المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 1/293
خلاصة الدرجة: صحيح على شرط الشيخين

merujuk pada hadis riwayat Abu Daud di atas, adakah ia bermaksud anjuran qiyamullail berjemaah? apakah syarah bagi hadis ini? setahu saya qiyamullail berjemaah secara konsisten tidak disyari'atkan melainkan pada bulan ramadhan.

jazakumullahu khaira
Wassalam


*******************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillah,

Sebenarnya memang terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang keharusan solat Malam (qiyamullail) atau solat sunat / nafilah secara berjemaah , dan ianya memang merupakan suatu perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis Rasulullah saw antaranya yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin alYaman , Abdullah bin Mas’ud , Abu Hurairah dan lain-lain.

Walaubagaimana perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan secara konsisten / tetap sebagaimana pendapat Ibn Uthaimin seperti berikut :

صلاة النافلة جماعة أحياناً لا بأس بها ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم صلى جماعة في أصحابه في بعض الليالي فصلى معه ذات مرة عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، وصلى معه مرة عبد الله بن مسعود رضي الله عنه ، وصلى معه مرة حذيفة بن اليمان رضي الله عنه ....
والحاصل : أنه لا بأس أن يصلي الجماعةُ بعض النوافل جماعة ، ولكن لا تكون هذه سنة راتبة كلما صلوا السنة صلوها
جماعة ؛ لأن هذا غير مشروع

“Solat Sunat secara jamaah yang dilakukan sekali sekala adalah tidak mengapa.Ini kerana Nabi saw pernah bersolat secara jamaah dengan beberapa orang sahabat diwaktu malam seperti Rasulullah saw pernah bersolat sekali bersama dengan Abdullah bin ‘Abbas , kemudian sekali dengan Abdullah bin Mas’ud dan juga pernah sekali bersolat dengan Huzaifah bin Alyaman….

Maka kesimpulannya , Tidak mengapa mengerjakan sebahagian solat sunat secara berjemaah , tetapi tidak boleh dilakukan secara konsisten sehinggakan setiap kali kamu ingin solat sunat , kamu lakukan secara berjemaah , kerana perbuatan tersebut tidaklah disyariatkan…..”

[Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimain , 14 / 232]


WA

0 comments:

Post a Comment