Jan 22, 2009

Saf Kanak-kanak Perempuan

Sehubungan dengan solat berjemaah.
>
> 1) Ada sebarisan wanita dewasa sudah siap untuk solat berjemaah.
> Salah seorang dari mereka lalu menghimpunkan kanak2 perempuan yang
> belum baligh di sof belakang wanita dewasa, sengaja meninggalkan
> ruang kosong di kiri kanan sof wanita dewasa, dengan tujuan supaya
> bila datang jemaah dewasa masbuk, dapatlah mereka masuk ke sof
> wanita dewasa di kanan atau kiri itu. Tiba2 seorang jemaah wanita
> lain mengarahkan supaya kanak2 itu solat di hujung sof wanita
dewasa
> sambil mengatakan "boleh". Ternyata, sewaktu semua sedang solat,
> ada 2-3 jemaah wanita dewasa masuk ke sof wanita dewasa disebelah
> deretan kanak2 perempuan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply//wsm
ma'af ana kesibukan hari ini. meeting.

Hal-hal begini tidak dirincikan oleh nas. Hanya ada satu hadis
Jama'ah (kecuali alBukhari) dari Abu Hurayra ra,
"sebaik-baik saf kaum lelaki yang paling hadapan dan sebaik-baik saf
perempuan ialah yang paling belakang. seburuk-buruk saf lelaki yang
paling akhir dan seburuk-buruk saf perempuan ialah yang paling
hadapan." (sahih Muslim: 440]

susunan mengikut rincian madzhab ialah:

Hanbali-Syafi'iy dan Hanafi ialah :

lelaki dewasa
kanak2 lelaki

perempuan dewasa
kanak-kanak perempuan

Kata Mufti Syaikh Baz rh, ini adalah susunan ketika permulaan solat.

Jika saf tidak penuh (atau makmum kurang yang datang), maka tidak
mengapa diisi saf itu bercampur dgn kanak2 yg sudah nalar (ada akal
fikiran) maksudnya kanak2 yg sudah mengerti agama sedikit sebanyak.
sebagai motivasi kepada mereka kerana datang awal ke mesjid dan
menyukai mereka kerana diterima oleh orang dewasa.

Maka tindakan seorang jama;ah wanita itu adalah benar.

[Majmu' Fatawa syaikh Baz, Jld 4/416 (tahqeeq athThayyar)]

3 comments:

Anonymous said...

assalamualikum..saya nak tanya, bolehkah kanak2 perempuan berusia 6tahun duduk dalam saf dewasa tetapi dibahagian tepi sekali sebelah kanan. Tetapi tidak lama kemudian ada masbuk wanita menyambung saf kanak2 perempuan tersebut. adakah berdosa ibu kanak2 tersebut?atau bolehkah saf hadapan yang belum penuh dibiarkan kerana ibu tersebut membawa kanak2 perempuan jadi ibu tersebut duduk di saf kedua bahagian tengah...

Anonymous said...

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/29/saf-kanak-kanak/

Anonymous said...

Inilah kes yang sama berlaku kepada saya di surau sek 7 bangi berdekatan kedai sate baung. Jemaah wanita yang memarahi saya mengatakan disebabkan anak saya dalam saf (kami paling hujung dan jemaah tersebut datang lambat ) satu saf tak dapat pahala dan solat tak sah. Dia cadangkan lain kali anak saya duduk di hadapan saf. Malas nak bertekak sedangkan tadi kita baru pohon ampun dari Allah, saya hanya minta maaf berulang kali kerana beliau tidak berhenti menyalahkan. Kerja bagi pahala hak Allah. Syarat sah solat ikut 13rukun,dan tidak buat perkara membatalkan solat.Kalau mcm ni sebab tu generasi muda menjauhi masjid. Wallahualam

Post a Comment