Jun 25, 2009

Imam dan Makmum Berbeza Rakaat

Asslamualaikum,
Bagaimanakah kaedah untuk bersembahyang secara berjamaah dengan imam yang bersembahyang berlainan rakaat.
Contoh:
1) makmum qasar, imam sembahyang penuh,
2) makmum sembahyang magrib, imam sembahyang isyak



بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


1) Al-Mawardi menyebut, "Mereka (ulama) telah ijmak bahawa jika seorang musafir bersembahyang di belakang imam yang muqim, maka hendaklah dia sembahyang secara tamam, dan tidak boleh qasar". (Al-Hawi Al-Kabir 2/362).

Jadi, makmum tidak boleh qasar jika imam tidak qasar, dengan sepakat ulama.

2) Apabila imam yang bersolat isyak bangun untuk rakaat keempat, maka makmum yang bersolat maghrib tidak boleh mengikuti imam, kerana maghrib hanya tiga rakaat. Maka hendaklah dia mufaraqah imam untuk membaca Tasyahhud akhir.

Adakah makmum tadi boleh menunggu imam selesai rakaatnya untuk bersalam bersama-samanya? Ada dua pendapat. (Majmuk Nawawi 4/270).

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment