Jun 25, 2009

Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Assalamualaikum...

Saya ada dua soalan berkaitan solat Jumaat..Pohon maaf jika soalan saya telah dijawab..

i)Solat Zuhur pada umumnya, terdapat solat sunat sebelum (qabliyatan) dan solat sunat selepas (ba'diyatan)...Bagaimana pula dengan solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat?Apakah dalil yang membolehkan solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat?

ii)Setelah azan berkumandang dan khutbah telah pun bermula, adakah lebih afdal untuk melakukan solat tahiyatul masjid atau terus duduk mendengar khutbah?Ataupun kedua-duanya sekali dibolehkan?


Sekian...


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Memang benar, soalan-soalan ini telah pun dijawab sebelum ini.

i) Solat sunat sebelum (qabliyah) Jumaat khilaf dikalangan ulama'. Walau bagaimanapun, sejarah telah memperlihatkan ramai para salaf datang awal ke masjid dan melakukan solat sunat sebelum Imam keluar. Sebagaimana maksud umum sebuah hadith yang diriwayat Imam Ahmad :-

صلاة الليل والنهار مثنى مثنى
"Solat malam dan siang adalah 2 rakaat, 2 rakaat"

Walaupun diperselisihkan kewujudan solat sunat sebelum Jumaat, anda boleh melakukan solat sunat 2 rakaat sebanyak mana yang anda mampu sebelum bermulanya khutbah Jumaat.

Sila layari URL dibawah ini :-

SJ-2429 : [U]Solat sunat Qabliyah Jumaat?

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya berjudul Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, katanya:

"Tiadalah bagi Jumaat itu sunat sebelumnya menurut pendapat yang paling shahih dari dua pandangan ulama' ini, tetapi telah benarkan oleh syara' kepada orang Islam, apabila masuk ke Masjid bagi menunaikan solat yang dipermudahkan oleh Allah, maka berilah salam pada setiap 2 rakaat, kerana sabda nabi saw :"Solat malam dan siang [selain dari yg wajib] ada 2 dan 2 [rakaat]" - [color="#800000" size="3"]{صلاة الليل والنهار مثنى مثنى } riwayat Imam Ahmad.

Sesungguhnya ada sahih dari Nabi saw didalam banyak hadis-hadis shahih, adalah dibenarkan oleh syara' apabila seorang Islam masuk ke masjid pada hari Jumaat agar menunaikan apa-apa yang Allah izinkannya bersolat sebelum Imam keluar. Nabi saw tidak menghadkan berapa jumlah rakaat samada 2, 4 atau pun lebih. Kesemua ini baik, tetapi minimanya ialah 2 Rakaat Tahiyat Al-Masjid."

Bagi pensyarah Al-Azhar, Dr Abdul Fattah Ashour pula:

"Bukanlah azan pertama dan kemudiannya azan kedua yang menjadikan sunat menunaikan Sunat Qabliyah Jumaat sebagaimana yang dinyatakan, tetapi seungguhnya ia adalah Solat Sunat Azan sebagaimana warid dari nabi saw : "Setiap 2 azan ada Solatnya" [color="#800000" size="3"]{ بين كل أذانين صلاة}, "Apa-apa (solat) diantara Azan dan Iqamah" [color="#800000" size="3"]{، أي ما بين الأذان والإقامة}, "Barangsiapa bersolat sebelum Imam naik ke Mimbar, solatlah ia 2 rakaat" [color="#800000" size="3"]{فمن صلى الركعتين قبل صعود الإمام للمنبر صلاها ركعتين}, Sesungguhnya solatnya didalam masjid adalah 4 rakaat, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadis-hadis tersebut.

Telah dinyatakan oleh Al-Syafie didalam solat Zohor, dijadikan 2 rakaat sebelumnya sebagai sunat mu'akad, dan tetapi apa yang datang dari Nabi saw bertentangan dengan apa yang diikuti, Sesungguhnya para jemaah mengadakan solat 2 rakaat Qabliyah yang mengikut mazhab Syafie dan mereka ini ramai yang melakukan di Mesir, Suruhan (perintah) atau tidak, dan akhirnya ia tidak mengajak kepada perselisihan dan kontroversi [color="#800000" size="3"]{{ ولعل من يصلون الركعتين سنة قبلية يتبع المذهب الشافعي والذي عليه كثير من الناس في مصر، والأمر أولا وأخيرا لا يدعو إلى خلاف وتنازع .}}. "

--------

Bagi ulama salaf pula mengatakanmemang tidak ada sunat Qabliyah Jumaat. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (Bida' Al-Jumu'ah), Ibnu Qayyim (Zaad al-Ma'aad), Imam Abu Shaamah (Kitaab Al-Jumu'ah) dll. Walaubagaimana pun menurut beberapa ulama', tidaklah wajar meninggalkan solat sunat sebelum Imam naik ke Mimbar (untuk membaca Khutbah). Ini telah dinyatakan oleh kedua-dua ulama' diatas dengan membawa hadis-hadis yang dibenarkan oleh syara' bersolat sunat sebelum Jumaat seperti solat sunat azan atau Sunat Mutlaq atau setidak-tidaknya Solat Tahiyatul Masjid. Malah menurut Sheikh Abdul Aziz didalam Majmu' fatawa (4/500-501):"Sunat tatkala memasuki masjid bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid walaupun Imam sedang berkhutbah".

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah. Riyad 12/386

2. Dr Abdul Fattah Ashour. Fatwa IslamOnline.Net. Sunat Qabliyah Jumaat. url :
sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=72541

3. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. cetakan ke 3. Dar Al-Fikr, 1989

4. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fatawa Jilid 4. Dar Al-Watan.



Mengenai solat sunat selepas (ba'diyah) Jumaat memang terdapatnya dalil mengenainya. Jumlah maksima ialah 4 rakaat, dan boleh dilakukan 2 rakaat. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa Ibn Umar ra. akan bersolat 2 rakaat dimasjid dan 2 rakaat apabila sampai dirumahnya. Untuk penjelasan lanjut sila lihat URL dibawah ini :-

SJ-05-0032 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Perkara paling afdal yang perlu dilakukan apabila memasukki masjid ialah melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, sebagaimana sabda Nabi saw didalam sebuah hadith :-

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين

"Apabila salah seorang dari kamu masuk kedalam masjid, dia hendaklah tidak duduk sehingga melakukan 2 solat" - [Hadith sahih, mutafaq 'alaih].

Jelas hadith ini menunjukkan sebelum seseorang itu duduk didalam masjid dengan tujuan apa sekalipun, disunatkan melakukan sunat tahiyatul masjid. Pengecualian ialah apabila datang solat yang lebih utama fadilatnya seperti solat mua'akad (yang dituntut) atau pun solat wajib, maka pada masa itu solat tahiyatul masjid boleh dikecualikan. Contohnya didalam scenario seseorang memasuki masjid tatkala muazzin hampir melaungkan Iqaamah pada solat subuh, Fatwa Al-Lajnah Al-Daa'imah menyatakan :-


وللإمام أن يأمر بإقامة الصلاة للصبح فلا يحتاج إلى تحية المسجد ، لأن الفريضة تكفي عنها ، وكذا المأموم إذا دخل وقد أقيمت الصلاة .
"Kemungkinan Imam akan mengarahkan Iqaamat dilaksanakan untuk solat subuh, dimana ketika itu tidak perlu lagi solat tahiyyatul masjid, kerana solat fardu adalah mencukupi dan ini bermakna tiada lagi keperluan untuk solat Tahiyyatul masjid. Ahli jemaah juga boleh meninggalkan solat Tahiyyatul masjid jika ia masuk ke masjid semasa iqaamah di lakukan" - [Al-Lajnah al-Daa’imah Li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa' al-Iftaa’, 7/272]

Kenyataan yang sdr soppi_216 petik diatas merupakan pandangan sebahagian ulama'-ulama' mazhab al-Syafie. Amalan ini dibenarkan oleh beberapa ahli Salaf, sebagaimana yang tulis oleh al-Imam al-Nawawi didalam Kitab al-Azkar :-


من دخل المسجد فلم يتمكن من صلاة تحية المسجد إما لحدث وإما لشغل أو نحوه، يستحب أن يقول أربع مرات : سبحان الله، والحمد الله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، فقد قال به بعض السلف، وهذا لابأس به.

"Barangsiapa yang masuk masjid dan tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana ketika itu berhadas, atau sibuk bekerja, atau lain-lain sebab, adalah mustahab (digalakkan) mengucapkan empat kali (4X) tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. Maka telah berkata beberapa para salaf, perkara ini tidak menjadi masalah" -[al-Azkar, ms 34].

Saranan diatas ini sesuai dengan galakkan umum saranan-saranan Islam agar memperbanyakkan membaca zikir semasa berada dialam masjid, bertasbih, bertahlil, bertahmid dan zikir-zikir yang lain, dan disunatkan juga banyak membaca al-Quran. Firman Allah swt :-


فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
"(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. " - [al-Nur : 36]

Kesimpulannya, apabila seseorang memasuki masjid hendaklah ia melakukan solat sunat tahiyatul masjid diruang legar yang jauh sedikit dari majlis tersebut, dan setelah selesai solat, hendaklah ia bersegera menyertai majlis ilmu tersebut. Malah keadaan ini berlaku pada zaman Nabi saw ketika baginda membaca khutbah di mimbar pada hari Jumaat, seorang sahabat masuk ke masjid, dan baginda saw memerintahkan agar sahabat tersebut melakukan solat tahiyyatul masjid sebelum duduk mendengar khutbah. Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya Solat Tahiyyatul Masjid. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’ - 7. cetakan ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000. ms 272

2. al-Hafiz al-Imam Al-Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar al-Ma'rifah, [t.t].



ii) Selepas azan Jumaat berkumandang, mana yang lebih afdal: duduk mendengar khutbah atau melakukan solat Tahiyatul Masjid? Sabda Nabi saw :-

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين
"Apabila salah seorang dari kamu masuk kedalam masjid, dia hendaklah tidak duduk sehingga melakukan 2 solat" - [Hadith sahih, mutafaq 'alaih].

Didalam sebuah riwayat ada menyebut bahawa sedang Nabi saw menyampaikan khutbah, lalu masuk seorang sahabat dan beliau duduk. Nabi saw memerintahkan sahabat tersebut melakukan solat Tahiyatul masjid.

Ini jelas menunjukkan bahawa perkara yang afdal ialah melakukan solat tahiyatul masjid dan selepas itu mendengar khutbah. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment