Jan 20, 2009

Status Jemaah Surau

Assalammualaikum,

Disini ingin saya kemukakan pertanyaan yang mana sedikit sahaja ilmu yang diketahui oleh saya kerana kealphaan saya sendiri..pohon diberi tunjuk ajar daripada mereka yang mahir .....

Sembahyang berjemaah bagi satu kawasan adalah fardu kifayah...
pohon penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini....

Untuk makluman Us-Us dan juga kepada mereka yg pakar...

kaw taman saya mempunyai -+ 500 biji rumah dan ada sebuah surau yang bernilai RM4 j - 7 km drp kaw. ini ada Masjid.....

bagaimana status solat berjemaah dikaw saya ini..

pohon penjelasan pendapat .....

****************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar apa yang termampu, Insyaallah.

Anda boleh bertanya di al-ahkam.net ini bila-bila masa, cuma barangkali jawapannya lambat sedikit oleh kerana ahli panel masing-masing sibuk dan tinggallah kami beberapa kerat ini yang cuba melapangkan diri menjawab soalan-soalan sdr. Kami sedar bahawa sdr pun ada membuat posting soalan yang sama diruangan Aduan & cadangan. Pohon ma'af diatas kelewatan, dan Allah swt akan memberi ganjaran keatas mereka yang sabar.

Kalau dapat saya fahami soalan sdr ialah : Apakah status solat di surau kami, sedangkan masjid yang berhampiran terletak 7km dari tempat kami? Betul ke maksud soalan anda begitu?

'Ala kulli hal, pertama-tamanya ialah definasi Surau dan Masjid itu tidaklah banyak bezanya. Lainlah kalau Musholla (مصلى), yang merupakan ruang bersolat yang terletak pada sesebuah bangunan, dimana ia akan berubah tempat mengikut bangunan tersebut. Biasanya masjid atau surau diasaskan pada tanah waqaf yang menurut ulama' ia kekal sehinggalah bermulanya hari kiamat. Hukum bersolat di musholla ialah, apabila kedengaran azan pada masjid atau surau berdekatan, hendaklah orang Islam menunaikan solat jemaahnya di masjid atau di surau dan bukannya di musholla.

Mungkin persoalan disini ialah, berapakah jaraknya panggilan azan solat dengan kawasan tempat tinggal? Terdapat banyak amaran-amaran dari hadith Nabi saw bagi mereka yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke surau atau masjid. Diantaranya adalah hadith dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلَا صَلاةَ لَهُ إِلا مِنْ عُذْرٍ
"Barangsiapa yang mendengar panggilan solat dan tidak mendatanginya, maka tiadalah solat baginya, melainkan bagi mereka yang uzur (mempunyai sebab)" - [hadith riwayat Ibn Maajah #793, dikelaskan sebagai sohih oleh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #637].

Jarak keupayaan mendengar azan sebagaimana yang disebut oleh ulama ialah :-
من يسمع الأذان المرفوع من المسجد بصوت المؤذن من غير مكبر للصوت ، مع رفع المؤذن صوته ، وسكون الرياح والضوضاء ونحو ذلك مما يؤثر على السماع .
"Apa yang dimaksudkan ialah mereka yang mendengar azan solat dari andaian masjid yang tidak menggunakan pembesar suara bagi suara muazzin, ketika muazzin menaikkan suaranya, dan tiada kedapatan angin atau bunyi-bunyian yang menggangu pendengarannya"

Al-Hafiz Imam Al-Nawawi rh menyebut :-
الاعتبار في سماع النداء : أن يقف المؤذن في طرف البلد والأصوات هادئة والريح ساكنة ، وهو مستمع فإذا سمع لزمه ، وإن لم يسمع لم يلزمه
"Apa yang dimaksudkan dengan mendengar panggilan : ialah apabila muazzin berdiri di hujung bandar dan sunyi dari bunyi-bunyian yang lain dan angin tetap, dan seseorang boleh mendengarnya. Jila seseorang boleh mendengarnya, maka dikehendaki menunaikannya (solat berjemaah), dan jika ia tidak mendengarnya, maka tidaklah menjadi kewjipan baginya" - [al-Majmu' 4/353].

Jawatankuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang yang tinggal di Tingkat 8 sebuah bangunan, dimana masjid terletak 500 meter dari tempatnya, apakah dia dibenarkan bersolat dengan keluarganya di apartmentnya? Jawatankuasa itu menjawab :-
صلاة الجماعة في المسجد واجبة ، فعليك أن تغشى المساجد لتصلي الفريضة فيها مع المسلمين ، وليس لك أن تترخص بصلاتها مع أهلك في البيت من أجل هذه المسافة
"Solat berjemaah di masjid adalah wajib, maka anda hendaklah menghadirkan diri ke masjid dan bersolat jemaah bersama orang Islam disana. Anda tidak berhak memilih untuk bersolat di rumah bersama keluarga disebabkan jarak ini" - [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 8/59]

Syiekh Utsaimin apabila ditanya apakah jarak yang dimaksudkan berdekatan dengan masjid? Beliau menjawab :

المسافة ليس فيها تحديد شرعي ، وإنما يحدد ذلك العرف أو سماع النداء على تقدير أنه بغير ( الميكرفون ).
"Tidak ada jarak yang tertentu yang didefinasikan didalam syariah, malah ia bergantung kepada 'uruf (adat) atau jarak diantara suara azan yang boleh didengari tanpa mikrophone" - [As'ilah al-Bab al-Maftuh, soalan no. 700.]

Jarak diantara masjid dan surau anda yang sejauh 7km menjadikan surau tersebut perlu menegakkan fardu kifayat ini. Mereka-mereka yang berada disekitar jarak kedengaran azan adalah bertanggung-jawab mendirikan solat berjemaah didalam surau tersebut. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment