**************
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mujahid dengan kadar sekadar yang mampu, Insyaallah.
Rata-rata apabile menghadiri solat Jumaat di Malaysia. kita diperdengarkan sebuah hadith Rasulullah saw yang berbunyi :
إذا قلت لصاحبك يوم الجمعة : أنصت ، والإمام يخطب فقد لغوت
"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu pada hari Jumaat, 'Diam', pada masa itu Imam sedang berkhutbah maka kamu telah laghw" -[Hadith riwayat al-Bukhaari, al-Jumu'ah #882, Muslim, al-Jumu'ah #1404, Muttafaq 'alaih].Laghw atau 'perkataan yang sia-sia' juga bermakna melakukan sesuatu yang melalaikan, seperti yang dinyatakan didalam sebuah hadith bahawa bermain dengan anak batu semasa Imam berkhutbah juga dikategorikan sebagai laghw, sabda Nabi saw :-
من مس الحصى فقد لغا
"barangsiapa bermain anak batu dikatakan laghw" - [Hadith riwayat Muslim, al-Jumu’ah, #1419]'Ala kulli, mengenai berselawat keatas Nabi saw ketika mendengar nama baginda disebut, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti Besar Arab Saudi mengatakan :
تشرع الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم إذا مر ذكره عليه الصلاة والسلام في خطب الجمعة والعيد ومجالس الذكر؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: رغم أنف رجل ذكرت عنده فلم يصل علي صلى الله عليه وسلم .
"Dibenarkan oleh syara' berselawat keatas Nabi saw jika disebut ketika Khutbah jumaat, Eid atau Majlis al-Zikir! Kerana Nabi saw perna bersabda :'Manusia yang bakhil itu adalah orang yang disebut namaku di sisinya, tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku' - hadith[Riwayat Tirmudzi]" - [dikeluarkan di Majalah al-Arabiyah, Safar 1412H].Akan tetapi tidaklah bermakna kita boleh berselawat dengam suara yang didengari oleh jemaah. Memadai berselawat yang didengari oleh diri sendiri. Syeikh Bin Baaz ketika ditanya, jika kita sendiri bersin ketika khutbah, Apakah boleh membaca 'alhamdulillah'? Beliau menjawab : (وإذا عطس فعليه أن يحمد الله في نفسه ولا يرفع صوته ) - "apabila dia bersin, hendaklah dia memuji Allah (al-hamdulillah) untuk dirinya dan tidak menaikkan suara". - [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, 12/410]. WA.
wassalam
===============
Rujukan :.
1. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. مشروعية الصلاة على النبي صلى اللهعليه وسلم إذا مر ذكره أثناء الخطبة . url : http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=bz02749
0 comments:
Post a Comment