Jan 22, 2009

Satu Masjid Dua Jemaah

assalamualaikum...

1)nak tanya sikit....kalo boleh nak jawapan serta dalil kalo ada... macam mana kalau secara tak sengaja terbentuk dua jemaah solat dalam satu tempat solat(surau atau masjid)? apa hukum solat yg dikerjakan tu? adakah ia terbatal kerana ada dua jemaah? saper dapat jawab please...

2)kalau situasi macam ni:
dua jemaah yg terbentuk tu kedua2nya adalah imam yg disambung... imam rutin/tetap tu dah selesai..kemudian datang seorang makmum menepuk bahu sorang makmum lain untuk dijadi imam....kemudia datang lagi sorang makmum lain...tapi dia tak perasan dah ada jemaah...dia kemudia menepuk bahu sorang makmum lain untuk dijadikan imam...hasilnya...terbentuk dua jemaah..

camner ek?

************
jawapan:

THTL-
1) Bagi surau/mesjid yg ada Imam rutin atau Imam tetap, maka hukumnya begini:

Jama'ah tidak boleh mendirikan solat tanpa izin dari imam rawatib atau Imam tetap.
dalilnya
HR Muslim (# 673) dari Abu mas'ud alAnsari ra
" janganlah seseorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasaaanya."

Apakah status kedua-dua jama'ah itu?

solat mereka sah hanya jama'ah bukan bersama Imam Rutin itu berdosa. Fatwa kerajaan Arab Saudi, dari mantan Muftinya,, Syaikh baz (Majmu' Fatawa Ibn Baz XII/143 dan Syaikh Saleh alUthaimeen rh, ulama' senior KSA, dalam syarh alMumti' IV/218.

2) bab tepuk2 bahu kepada makmum yg masbuk ni saya pun tak larat nak kupas sebab ini adalah penyakit umat akhir zaman. Kita pun tak pasti apakah status solat itu apakah ia masih solat jama'ah atau bid'ah- bid'ah solat jama'ah.

Ini kerana generasi salaf menghitung mendapat solat jama'ah ialah bila ia mendapatkan Imam rawatib atau Imam tetap mesjid itu. Jika ia sampai Imam tetap sudahpun memberi salam, maka dia dianggap telah terlepaslah (miss the boat atau miss the flight). Generasi sekarang yg sengaja datang lewat dgn harapan masih dapat cuit bahu makmum yg masbuk, maka kita tidak tahu akan hukumnya...

Imam Ibn Taymiyah (majmu' fatawa Jld 23/332 berpendapat seseorang yg mendapat SATU raka'at bersama Imam barulah ia mendapat solat jama'ah (pahala solat jama'ah). Manakala jumhur mengatakan jika sempat mendapatkan Imam sebelum dia memberi salam.
Dalilnya:
"sesiapa yg mendapat satu raka'at bersama Imam, memperoleh solat jama'ah.' Muttafaq 'alaih (Lu' lu' wal marjan # 352) dari Abu
hurayra.

sekian

0 comments:

Post a Comment