Jan 26, 2009

Solat sunat Tahiyatul Masjid atau Rawatib?

Salam,

Saya tiba di masjid selepas azan. Bilal belum qamat. Solat sunat yang mana patut saya dahulukan; tahiyatul masjid atau rawatib?

Terima kasih atau usaha antum.

Wassalam.

*********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami petik soal-jawab dari buku Fatwa al-Lajnah al-Daemah (Fatwa# 7845, 7/244) :-

شخص دخل المسجد قبل إقامة صلاة الفجر فهل يصلي تحية المسجد ثم يسلم ويصلي سنة الفجر أم يصلي سنة الفجر وتكفي عن تحية المسجد ؟.

سئلت اللجنة الدائمة عن ذلك فأجابت :
تجزئ صلاة ركعتي الفجر عن نفسها وعن تحية المسجد ، وهذا هو الأفضل ، ولو صلى تحية المسجد أولاً ثم ركعتي الفجر فلا بأس .

Maksudnya :-

Soalan :- Seorang telah memasuki masjid sebelum Iqamah solat subuh. Apa dia perlu bersolat Tahiyat al-Masjid, kemudian memberi salam, selepas itu solat Sunat sebelum subuh, atau Solat sunat subuh (Fajar) dan adakah itu bermaksud dia tidak perlu solat Tahiyat al-Masjid?

Jawapan : Solat dua rakaat Fajar (solat sunat sebelum subuh) suduh mencukupi untuknya dan termasuk ia solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah lebih afdal (utama). Jika dia melakukan solat Tahiyat al-Masjid dahulu, dan diikuti dengan 2 rakaat Fajar pun tidak mengapa.

Didalam Fatwa yang lain (#7396) menyatakan bahawa, hanya jika masa mencukupi, bolehlah seseorang itu melakukan solat Tahiyat al-Masjid.

Kesimpulannya, jika masa tidak mencukupi, hendaklah didahului solat sunat Qabliyah dari Solat Tahiyat al-Masjid. WA.

Sekian, wassalam

3 comments:

Anonymous said...

as salam,
sekirannya seseorang itu tidak sempat untuk melakukan solat sunat tahiyat sebelum solat fardu sedangkan sia2 solat nya jga tidak melakukan solat tahiyat ada ka seseorang itu bole mekakukan selepas solat fardu..

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya difahamkan sebelum solat maghrib adalah waktu yang dilarang melakukan solat sunat, bagaimana jika kita masuk ke masjid sebelum azan maghrib berkumandang bolehkah kita melakukan sembahyang tahiyat al-masjid?

Izzuddin Raufa said...

Solat tahiyat boleh dilakukan bila2 masa hanya kerana kita masuk kemasjid

Post a Comment