Salam
1. Apakah hukum mendirikan solat semasa azan sedang dilaungkan.Ini kerana ada masa disebabkan tugas atau perjalanan jauh, kita perlu mendirikan solat segera apabila masuk waktu.Kadangkala berpandukan pada waktu solat yang telah ditetapkan,kita terus solat dengan yakin apabila jarum jam menunjukkan waktu telah masuk.
2.Perlukah kita menunggu sehingga azan habis dilaungkan untuk mendirikan solat.
**************************
Abu_syu'aib
Panel Feqh
Bismillah...
dalam persoalan ini anda seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu...
dalam masalah ini seharusnya anda menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Nabi menyatakan yang bermaksud apabila kamu semua mendengar azan, maka sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin. (al-Bukhari) maka Awlawiyatnya menjawab azan dahulu.
Satu lagi ianya masuk di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati) takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.
Jumaat.
seringkali ditanya pada hari jumaat yang kebiasaan di negara kita 2 kali azan, jika kita datang lewat iaitu sewaktu azan kedua dilaungkan, adakah perlu ditunggu azan selesai baru menunaikan solat sunat?
sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan pertama, maka keutamaan pada ketika itu menunggu untuk menjawab azan, jika sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan kedua dilaungkan, maka pada ketika itu keutamaannya terus solat tahiyyatul masjid, kerana Khatib akan terus berkhutbah sebaik sahaja selesai azan kedua.
wallahu a'lam
(maaf komputer yg digunakan tiada tulisan arab...)
Jan 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum.saya mendiami rumah yang berhadapan dengan surau.ada 2 surau dan 2 masjid yg berdekatan dengan kawasan perumahan saya.azan manakah yang seharusnya saya ikuti untuk saya terus mendirikan solat sekiranya saya solat sendirian dirumah?adakah perlu saya menanti sehingga selesai ke empat-empat azan sebelum mendirikan solat?
W'salam,
jika sdr adalah seorang muslimah, eloklah tunggu sehingga selesai semua azan untuk memelihara khusyuk dalam solat. Solat tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan gopoh-gapah.
jika anda seorang muslimah yang masih muda, solat dirumah adalah lebih baik bagi anda.
Post a Comment