Salam
Moga dirahmati Allah...
Persoalan ini adalah lanjutan dari versi pertama http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29007&highlight=&sid=e534d61b9cc2cfc2266cd572b6e69439
Mungkin bleh diperhatikan praktikal dari solat dukung baby ini...
***********************************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1- Pergerakan yang sedikit seperti mendukung anak di dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umamah binti Zainab, seperti tercatat dalam hadis Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).
2- Tetapi pergerakan sehingga berjalan beberapa meter ke arah kanan atau kiri (seperti di dalam video tersebut) adalah membatalkan sembahyang. Kerana pergerakan tersebut menjejaskan syarat sah sembahyang iaitu menghadap qiblat.
3- Ulama telah berijmak bahawa menghadap qiblat dalam solat fardhu adalah syarat sembahyang (atau rukun menurut setengah ulama), dan jika sengaja menghadap ke kanan atau ke kiri maka batal sembahyang. (Badai' al-Sanai' 1/301).
Firman Allah:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Maksudnya: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144)
Kata Ibn Katsir: Dalam ayat ini terdapat perintah supaya menghadap ke Kaabah dari segala penjuru bumi, samada Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak dikecualikan daripada perintah ini melainkan dalam sembahyang fardhu ketika musafir. (Tafsir Ibn Katsir 1/460).
Wallahu A'lam
Jan 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
syukran ustaz.....nak tnya bab doa ustaz boleh....baiklah...dalam adab berdoa mngikut cara rasulullah adalah dengan perlahan bukan..baik...tatpi ketika hbis solat berjemaah lalu imam xbc doa dengan bersama..mksdnya bcaan sendiri...adkah salah perbuatan tersebut???dan tidak bolehkah imam tersebut membaca doa dengan beramai2 dan mkmum mengamimkannya....???(penting ustaz)
Post a Comment