Jan 3, 2009

Muazin Terkurang Bacaan Dalam Azan

assalamualaikum..,
muazzin terlupa ketika azan? apa yang harus dilakukan ketika itu?. Ketika azan subuh muazzin terlupa membaca "assolahtuhairulminannauf" apakah hukumnya...harap dapat beri sedikit penerangan. Wassalam
---------

Salam

Hukum Tathweeb

Selalunya tathweeb (menyebut as-salaatu khayrun min an-nawm)disebut pada azan subuh. Sebenarnya, ia tidak begitu.

Ini kerana keumuman hadith Abu Mahzurah R.a telah meminta Rasulullah S.A.W mengajarkannya azan dan baginda S.A.W memberitahunya: "Sekira azan di waktu pagi, sebutlah 'as-salaatu khairun min an-naum, as-salaatu khariun min annaum. Allahu akbar, Allahu akbar. La illaha illal-lah.' (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Tathweeb (menyebut as-salaatu khayrun min an-nawm) hanya disyariatkan utk azan subuh yg pertama yakni sblm masuk waktu sebenarnya lebih kurang ¼ jam. Ini berdasarkan hadith Ibn Umar R.A bahawa di sana ada azan pertama yakni selepas al-falaah : as-salaatu khayrun min an-nawm dilaungkan 2 kali.” (Riwayat Al-Baihaqi dan Imam At-Tahaawi dlm Syarhul Ma’aani. Isnadnya adalah hassan)

Hadith Abu Mahzurah R.A adalah umum yg mana ia boleh merujuk kpd kedua2 azan tetapi bukanlah bermaksud kpd azan yg kedua. Ini kerana dlm riwayat lain telah menggariskan hal ini dengan lafaz: “Dan apabila kamu memberi azan pada awal subuh, sebutlah ` as-Salaatu khayrun min an-nawm, as-salaatu khayrun min an-nawm.’.” (Hadith riwayat Abu Daud , An-Nasa’ie, At-Tahaawi dan selainnya. Hadith yg sama dari Ibn Umar R.A)

Adapun pengkhususan ini yg dibuat secara umum, Ibn Raslaan berkata bahawa Ibn Khuzaimah berkata ia adalah riwayat yg sahih. Beliau berkata bahawa tathweeb hanyalah utk azan pertama utk fajr. Ini kerana utk membangunkan org yg telah tidur. Dan azan yg keduanya adalah utk memberitahu bahawa waktu subh telah masuk dan bermulanya solat. (Takhrij az-Zarkashi li Ahaadeeth ar-Rifaa’i)

Pendapat yg sama juga dari Sunan Al-Baihaqi Al-Kubraa dari Abu Mahzurah R.A bahawa beliau melakukan tathweeb pada azan subuh yg pertama.

Syeikh Al-Albani berkata, “as-salaatu khayrun min an-nawm bukanlah sbhgn azan yg mana azan disyariatkan utk memberitahu masuknya waktu solat dan memanggil manusia menunaikan solat. Ia (tathweeb) disyariatkan utk membangunkan orang yg sedang tidur.”

Hikmah disyariatkan azan pertama ialah utk membangunkan orang tidur dan memberitahu mereka yg berpuasa bahawa mereka mesti menghabiskan suhoor (waktu sahur hampir tamat) spt mana yg disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, “makanlah dan minumlah sehingga kamu mendengar azan Ibn Umm Maktoom.”

Jadi, sekiranya muazzin terlupa menyebut tathweeb pada azan yg kedua tidak mengapa.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Tamaam Al-Minnah, Syeikh Al-Albani
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
_________________

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih kpd Ustaz Zayed (JKK) yang telah memberi jawapan yang baik mengenai permasalahan diatas.

Azan pada hukumnya adalah Fardu Kifayah didalam sebuah qariah. Memadailah dengan berkumandangnya azan didalam satu qariah walaupun muazzin terlupa membaca Al-Tathweeb (al-salaatu khayrun min al-nawm). Ini telah dijelaskan oleh Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (6/54) :-

الأذان فرض كفاية في البلد وهكذا الإقامة ، وعند إرادة الصلاة يقيم قبل أن يدخل فيها ، وإذا دخل في الصلاة بدون أذان ولا إقامة نسياناً أو جهلاً أو لغير ذلك : فصلاته صحيحة ، وكذلك إذا ترك جملة " الصلاة خير من النوم " في أذان الفجر فصلاته صحيحة ولو كان الوقت باقياً.

"Azan adalah fardu kifayah didalam sebuah bandar dan begitu juga Iqaamah. Jika seseorang memulakan solat tanpa azan atau iqaamah, samada lupa atau lalai, atau sebab-sebab lain, Solat masih sah. Dan begitu juga jika tertinggal perkataan 'al-salaatu khayrun min al-nawm' didalam Azan Fajar maka solatnya sah walaupun masih banyak waktu bakinya"

Sepertimana yang disebut oleh Ustaz Zayed, Al-Tathweeb (التثويب) hanya disyaratkan membacanya pada azan Fajar yang awal, iaitu bertujuan membangkit orang yang sedang tidur atau sedang berehat dari Qiam Al-lail. Menurut Sheikh Mohammed Sideq Al-Minshawi (Al-Akhthaau Al-Mushalliin, ms 127) bahawa salah satu bid'ah didalam azan ialah melakukan :-

التثويب في الأذان الثنى : وهذا خطأ يقع فيه بعض المؤذنين، وهو مخالف لصحيح الحديث، والتثويب إنما شرع في الأذان الأول الذي يكون قبل دخول الوقت بنحو ربع ساعة تقريبا.

"Al-Tathweeb didalam Azan Kedua : Ini adalah kesalahan yang sebahagian dari muazzin lakukan, dan ia bercanggah dengan Hadith yang Sahih, dan Al-Tathweeb sesesungguhnya disyara'kan pada azan pertama yang dilakukan sebelum masuk waktu [subuh], lebih kurang seperempat jam". Wallahu'alam

-wassalam-
----------------------
Rujukan :-

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 6. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

2. Sheikh Mohammad Sidiq Al-Minshawi. Al-Akhthaau Al-Mushalliin. Daar al-Fadhilah, 1996.

0 comments:

Post a Comment