Jan 3, 2009

2 Jam Perjalanan Untuk Solat Jumaat

assalamualaikum

1. Saya bekerja di pendalaman Sabah di mana penduduknya bukan beragama Islam....dan tidak ada masjid di tempat tersebut... untuk menunaikan solat Jumaat saya perlu keluar ke kawasan bandar lebih kurang 2 jam menaiki kenderaan dan saya terpaksa cuti kerja pada hari tersebut bagi menunaikan solat Jumaat ..Adakah saya boleh meninggalkan solat Jumaat dan menunaikan solat zohor sahaja ataupun saya tetap diwajibkan solat Jumaat dengan keluar dari kawasan tersebut?

2. Sekiranya saya terbatal wudhuk ketika membaca khutbah Jumaat ..apakah perkara yang sepatutnya saya lakukan ? Bolehkah khutbah tersebut diulangi oleh khatib yang lain atau Jumaat pada hari tersebut batal?

3. Adakah solat Jumaat boleh diulangi sekiranya semua makmum merasa tidak puas hati dengan imam solat Jumaat tersebut dan mahu diulangi?
--------

Salam

Sebagai introduction izinkan saya sertakan ancaman Rasulullah saw ke atas mereka yg mengabaikan solat Jumaat.

Abu Al-Ja’d Adh-Darimiy berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan(sembahyang) jumaat 3 kali sebab menghina(meringan-ringankan ibadah), nescaya hatinya akan termeterai Allah(dari memperoleh rahmat).” [Hadis Hasan riwayat Imam Tirmidzi]”

“Abdullah Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah saw bersabda, “Aku berniat untuk menyuruh seseorang mengimami solat, dan kemudian aku akan membakar mereka yang tidak hadir solat jumaat dalam rumah mereka.”[Hadis sahih riwayat Imam Muslim]”

Rasulullah juga pernah mengatakan dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim bahawa sesiapa yang tifak berehnti dari mengabaikan solat Jumaat, Allah akan tutup pintu hatinya dan kemudian mereka akan berada dikalangan yang diabaikan.

Cukupla dengan 3 ancaman ini. Bukankah ancaman2 ini berat. Kalaulah Jumaat tidak diberatkan, kenpaa sehingga Rasulullah mengancam akan membakar mereka yang tidak hadir. Renungkanlah….

Berbalik kpd persoalan sdr, Hukum solat jumaat pada asalnya adalah wajib dengan bersandarkan kepada beberapa dalil di antaranya terdapat di dalam al-Quran iaitu:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. 62:9)

Namun begitu, kewajipan ini mempunyai pengecualian kepada 5 kumpulan iaitu:

1) Kanak-kanak
2) Wanita
3) Hamba
4) Orang uzur
5) Musafir

Dalil:
“Solat Jumaat berjemaah adalah kewajipn kepada stiap muslim, kecuali 4 golongan: hamba, wanita, kanak-kanak dan orang yang uzur.” [Hadis sahih riwayat Abu Dawud]

“Adalah kewajipan untuk setiap dewasa(orang) untuk menghadiri Jumaat(solat).” (dalam sumber yang lain “atau musafir”) [Hadis sahih riwayat Abu Dawud]

Ulama Syafi'iyah memperincikan lagi pengecualian ini dgn mengatakan bahawa mereka yg tidak mendengar azan dan berada sangat jauh dari tpt dikerjakan solat jumaat(masjid) digugurkan drpd kewajiban tersebut. Maka dari penjelasan ringkas sdr dalam soalan 1, menganggap tidak terdapat langsung org beragama Islam di tpt sdr bekerja, maka digugurkan kewajiban solat jumaat namun solat zuhur tetap wajib dikerjakan. Ttp adalah mustahil jika tidak terdapat langsung org Islam walaupun seorang selain sdr. Krn dgn hanya 2 org juga, boleh dikerjakan solat jumaat itu. Utk penjelasan mengenai bilangan makmum yg dikemukan oleh syafi'iyah sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:

SJ - 2775: solat jumaat bagi mazhab syafie bila keadaan tak cukup 40 org

Mengenai soalan kedua, wudhu' ketika berkhutbah bukanlah syarat sah khutbah. Tidak perlu menggantikan khatib tersebut. Solat jumaat tetap sah. apatah lagi Meurut Sayyid Sabiq dalam kitab fikih sunnah jilid 2, khutbah jumaat itu hanyalah sunat bukannya wajib.

Adapun mengenai soalan ketiga, terlalulah umum soalan anda. Mengapakan datangnya ketidakpuasan hati itu. BErdasarkan kaedah fiqh "Hukum itu berlaku berdasarkan illatnya (sebabnya) ada atau tiada." Jadi apakah punca ingin diulangi solat tersebut?

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Feqhus sunnah
Sayyid Sabiq

Koleksi Hadis2 Hukum 4
TM Hasbi

Fiqh Islami Jil 2
Dr Wahbah al-Zuhailly
_________________

Wassalam
Tahqeeqan
LULUS jawapan Ust G kita.

Sebaik2nya hijrahlah kepada kawasan yg ada orang Islam, ini kerana sakit demam atau kematian, makanan Halal dan persahabatan lebih terurus, manakala syi'ar Islam dapat menguatkan iman dan Islam kita spt solat jama'ah dan Juma'at. Ini ditakuti jika anda sepanjang masa terdedah pada Gereja dan syi'arnya akan menggugah anda. WA

0 comments:

Post a Comment