Ketika Menunaikan solat saya berada dalam keadaan berhingus, dan ketika duduk diantara dua sujud saya berhenti dan menghembuskan hingus beberapa kali ke atas saputangan dengan menggunakan kedua2 tangan. perbuatan saya ini diperhatikan oleh rakan saya. Lalu setelah solat rakan saya mengatakan solat saya batal kerana perbuatan saya itu. Dia mengatakan sepatutnya saya menggunakan sebelah tangan dan menghembuskan hingus tadi ala kadar saja tak perlu bersungguh2. Cukup hingus yang nak meleleh tadi keluar.
Pertanyaaan saya. Benarkan solat saya batal atau makhruh saja? jika berlaku lagi keadaan di atas bagaimana harus saya lakukan supaya kelihatan tertib.
apa pula yang harus dilakukankan kiranya kita bersin? bagaimana tertib bagi orang yg bersendawa ketika solat? perlukah dia menahannya?
sekian
------
Dinyatakan bahawa baginda S.A.W pernah bersembahyang dlm keadaan mengangkat cucu perempuannya, Umamah. Apabila sujud, baginda S.A.W meletakkannya dan apabila berdiri baginda mengangkatnya kembali. (Hadith Riwayat Syaikhan)
Baginda S.A.W pernah membuka pintu kepada aisyah R.A ketika berada di dlm solat.
Terdapat khilaf di kalangan fuqaha dlm mendefinisikan pergerakan yang sedikit ataupun pergerakan yang banyak. Ada di kalangan mereka, jika seseorang melakukan banyak pergerakan, jikalau dilihat dari belakang, dia seolah2 tidak melakukan salat dan sekiranya kurang dari itu, dikira pergerakan yang sedikit. Ada sesetengahnya pula berpendapat sebarang pergerakan boleh membatalkan sembahyang.
Imam An-Nawawi berkata: “Jika seseorang melakukan banyak pergerakan/perbuatan yang tidak termasuk dalam salat, maka batal solatnya. Ini adalah pendapat jumhur. Alla kullihal, sekiranya perbuatan itu sedikit, maka ia tidak membatalkan solat dan tiada khilaf di kalangan fuqaha akan perkara ini.
Sungguhpun demikian, khilaf di kalangan ulama adalah dlm perkara mendefinisikan apa dan bagaimana perbuatan/pergerakan yg sedikit dan banyak. Terdapat 4 qaul dlm mendefinisikan perkara ini. Pendapat ke-4 adalah pendapat yg masyhur yg diterima oleh kebanyakan para fuqaha. Perbuatan/pergerakan yg sedikit seperti mengangguk, menanggalkan kasut, memakai semula ketayap yang terjatuh, membawa atau mendukung anak kecil, menghalang seseorang daripada melintasi orang yg sedang solat, menutup aurat yang terbuka atau perbuatan2 yang seumpamanya.
Adapun perbuatan yang lain, dikira sebagai pergerakan/perbuatan yang banyak (sbg contoh: berjalan beberapa langkah berturut2), ini akan membatalkan solat.
Imam An-nawawi berkata: “Fuqaha bersepakat bahawa perbuatan yang banyak akan membatalkan solat sekiranya dilakukan secara berturut2 dan berterusan. Sekiranya, ia memisahkan perbuatan itu dgn melangkah, kmdn berhenti seketika, kemudian mengambil langkah lagi, kemudian diam, kemudian mengambil langkah, maka ia tidak akan membatalkan solat. Menggerakan jari ketika tasyahud ataupun menggaru, tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berturut-berturut tetapi ia adalah makruh.”
Imam as-syafie berkata, “walaupun seseorang itu mengira bilangan ayat di dlm surah menggunakan jari, perbuatan itu tidak membatalkan solat tetapi sebaiknya menjauhi akan ia.”
Perbuatan saudara sekiranya sekali imbas seolah2 saudara tidak melakukan solat. oleh itu sekadar menggunakan sebelah tangan dgn sekali mengelap sahaja. Sungguhpun demikian ia adalah makruh.
Adapun bersin dan sedawa, cukup sekadar menutup dgn tangan utk mengelakkan dari tersembur kena yang lain atau bau merebak.
Rujukan;
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili
_________________
Wassalam
JKK kepada Ust Z, kami mengambil masa sikit utk mentahqeeqnya (menganalisanya)
Tahqeeqan:
Kata-kata manusia boleh ditolak kecuali Muhammmad saw (Imam Malik). Berhingus dan berkahak bukanlah dayaupaya manusia menahannya jika ia ingin keluar termasuklah waktu solat. Maka pendapat yg mengatakan solat seseorang batal atau makruh kerana seseorang ingin mengeluarkan hingus dan kahaknya adalah tertolak kerana ia adalah kesulitan dan kesukaran bagi seseorang dan ia bukan disengajakan. Maka pergerakan ini adalah harus. alBukhari dalam sahihnya menjelaskan cara membuang kahak," janganlah membuang ke arah kiblat tapi buanglah ke sebelah kiri atau di bawah kaki." (alSahih, Jld 1/108)
2. Tatacara bersin dlm solat: alImam Ibn Hazm (alMuhalla: 4/46) meriwayatkan sebuah hadis dari Rafa'ah bin Rafi' bahawa boleh mengucap AlhamduliLlah ketika bersin dlm solat dan solat tidak batal. Hukum ini disahkan oleh madzhab Ahmad dan Syafi'iy (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughni: 1/745)
3. Sendawa dan menguap ni adalah sebangsa dan uruf pun memandang sebagai kurang etika jika dilakukan dengan terang-terangan. Jika terpaksa juga hendaklah menahan sedaya mungkin atau mengawalnya sebaik mungkin. (Ibn Abi Syaibah, alMusannif: 2/188) WA
Jan 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment