Jan 19, 2009

Masbuq Solat Tarawih

asslamualaikum ustad,
bolehkah masbuk dlm tarawih ? / witir?

*****************
Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. ramadhan mubarak!

Solat tarawih dan witir yang dilakukan secara berjemaah, kafiat atau caranya sama sahaja dengan solat fardu berjemaah. Maka makmum yang lambat bolehlah menyertai solat berama Imam. Sabda Nabi saw :

من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة

"Barangsiapa yang mendapati Imam dengan 1 rakaat, maka ia telah mendapatkan solat"

Adalah lebih afdal ia menyertai Imam kerana berdasarkan makna umum hadith dibawah ini :-

أدركتم فصلوا , وما فاتكم فاقضوا

"Apa sahaja yang ada mendapati bersama Imam, maka solatlah, dan apa yang kamu tertinggal, maka sempurnakanlah" - [Hadith riwayat Al-Bukhair #635, Muslim #602]

wassalam

0 comments:

Post a Comment