Jan 25, 2009

Kawasan solat di masjidil haram & masjid Nabi

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Benarkah bahawa kita tak perlu menghalang seseorang dari melalui kawasan solat kita (ketika solat sunnat) ketika di masjidil haram dan masjid nabi? Lojiknya ialah terkumpulnya ribuan/jutaan manusia di dalamnya.

Jika benar, apakah lain2 perkara (secara ringkas) yang hanya dibenarkan di masjidil haram & masjid nabi, tetapi hukum di luar dari tempat tersebut berbeza?
(e.g saf makmum boleh di hadapan imam di masjidil haram)

Terima kasih.
_________________
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan shahnor77 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dalil larangan melintasi dihadapan orang yang bersolat :-

لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه
"Jika seseorang melintasi hadapan orang yang sedang bersolat, maka dia ketahui apa akan dia hadapi nanti, adalah lebih baik dia berdiri selama 40 (Abu al-Nadar menyebut aku tidak tahu samada 40 hari, atau bulan atau tahun) daripada dia melintasi hadapan mereka" [hadith Riwayat al-Bukhari #510, Muslim #507].

Kesemua ini berkenaan dengan hukum melintasi orang yang sedang solat bersendirian atau Imam yang sedang mengetuai solat. [al-Mughni 2/42, 2/46]. al-Bukhari menyebut bahawa sutrah Imam adalah sutrah orang dibelakangnya.

Pandangan yang dipilih oleh Ibn Utsaimin :-

والصحيح من أقوال أهل العلم أن مكة وغيرها سواء لعموم الأدلة ، ولا يوجد ما يخرج مكة من هذا العموم
"Pandangan yang benar menurut ulama' adalah Makkah dan lain-lain tempat adalah sama sahaja jika dilihat pada makna umum dalil. Tidak wujud apa-apa sebab kenapa Makkah tidak termasuk didalam maksud umum ini" [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaad al-Mustaqni', 3/342].

Syeikh al-Albani didalam Sifat Solat Nabi (point 24) pun berpendapat bahawa tidak ada bezanya di Makkah jika dibandingkan dengan masjid lain. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment