Jan 25, 2009

Solat Jemaah Di Tempat Azan Dilaungkan

Frasa popular di dalam bayan JT semasa menyeru kepada solat jemaah ialah : solat jemaah di tempat azan dilaungkan. frasa ini memberikan ruang lingkup yang luas untuk muslimin memenuhi tuntutan solat jemaah rawatib walaupun ketika berada jauh daripada masjid/surau (cth : di ladang2, di tengah2 kilang, di tengah2 shopping complex).

Minta ilmuwan dan sahabat2 seperjuangan untuk membantu saya mencari Dalil untuk frasa ini.

jkk

*************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan syahrezan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Azan tidak di hadkan di masjid sahaja. Ia boleh di laungkan didalam permusafiran, perkhemahan, didalam hutan dan sebagainya. Begitu juga dengan solat berjemaah. Jika tidak kedapatan masjid yang berdekatan, maka solat jemaah itu boleh didirikan dimana sahaja dia berada eg: di shopping complex dsb.

Telah diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :-


إذا أنتما خرجتما فأذنا ثم أقيما ثم ليؤمكما أكبركما
"Apabila kamu berdua keluar, laungkan azan, kemudian iqaamah, maka jadikan yang tua mengetuai solat" [Hadith Riwayat al-Bukhari #604].

Begitu juga dengan hadith dari Malik ibn Huwairith berkata : Aku telah datang kepada Rasulullah saw bersama sepupuku, dan baginda bersabda :-


إذا سافرتما فأذِّنا وأقيما وليؤمكما أكبركما
"Apabila kamu bermusafir, laungkan azan, kemudian iqaamah, maka jadikan yang lebih tua mengetuai solat" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #205, al-Nasaa'i #634]

Kedua hadith ini menunjukkan, azan, iqaamat dan solat berjemaah boleh didirikan dimana sahaja seorang itu berada. Pada asalnya, solat berjemaah dilakukan di masjid, melainkan kedapatan uzur atau kedudukan masjid yang sangat jauh. Berkata Syeikh Ibn Utsaimin

الأصل أن الجماعة تلزمكم في المساجد مع الناس إذا كنتم في مكان تسمعون فيه النداء بدون مكبر لقربكم من المسجد , فإن كنتم في مكان بعيد لا تسمعون فيه النداء لولا مكبر الصوت فصلوا جماعة في أماكنكم , وكذلك إذا كان في ذهابكم إلى المسجد إخلال بمهمتكم التي قدمتم من أجلها فصلوا جماعة في أماكنكم
"Pada asalnya, kamu dituntut menyertai solat jemaah di masjid bersama-sama jemaah jika kamu berada ditempat dimana kamu boleh mendengar azan tanpa pembesar suara kerana anda berdekatan dengan masjid. Jika anda berada ditempat jauh dan tidak dapat mendengar azan walaupun menggunakan pembesar suara, maka solatlah berjemaah dimana tempat anda berada. Begitu juga jika pergi ke masjid boleh menyebabkan tertangguhnya tujuan kedatangan anda, maka solatlah berjemaah ditempat kamu berada" [Fataawa Ibn Utsaimin, 15/381].

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment