Just nak clarify berkenaan satu masalah yang berlaku kat surau near rumah ana.
Description:
Surau kami ni dua tingkat. Tangganya ada di sebelah kiri dan kanan sisi surau tetapi agak ke tengah sedikit. Imam biasanya berada di atas.
Masalah:
Baru ni ada sorang ust dari Perak datang and maklumkan menegur tentang struktur design surau ni. Katanya bahawa kaum wanita yang solat dibawah tak dapat pahala solat jemaah kerana tidak ada 'laluan' yang menghubungkan mereka dengan imam.
Ana tak pasti apa alasannya kerana ana tak dapat ikuti kuliah malam tu.
Soalan:
So nak tanya panel al-ahkam apakah perlu adanya ruang kosong dihadapan tingkat atas (seperti kebanyakan masjid 2 tingkat) yang membolehkan makmum nampak imam yang berada di bawah? Apakah ia ada nas dan petunjuk dari Nabi? Maksud ana in future iman akan berada dibawah and makmum wanita di atas akan nampak imam yg dibawah.
Masalah ni menjadi semakin kompleks apabila ust ni mengarahkan seorang imam berada di bawah bagi mengimamkan solat utk kaum wanita. Dan solatnya berjalan serentak... Apakah ini dikira 2 imam?
Hingga kini bila ada kuliah and makmum lelaki ramai, maka berlakulah situasi getir ni..
Harap dapat penjelasan sewajarnya dari panel2 feqh Ahkam..
Jazakallah..
**********************************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab soalan ibnularaby dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Menurut Ibn Qudamah rh, Jika terdapat halangan antara Imam dan makmum yang mengikutinya, dimana ia menghalang dari melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya, maka terdapat 2 pandangan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rh;
a. Tidak sah bersolat dibelakangnya
b. SAH solat dibelakangnya kerana dia berupaya mengikuti Imam tanpa melihatnya, sebagaimana orang buta lakukan. Akan tetapi, untuk solat dibelakang Imam menjadi sah, dia hendaklah berupaya mendengarnya [al-Mughni, 2/208].
Berikut adalah fatwa Ibn Utsaimin didalam kes diatas, apabila di tanya mengenai makmum wanita hanya mendengar suara Imam sahaja. Jawab beliau :-
يجوز للمرأة وللرجل أيضا أن يصلي مع الجماعة في المسجد وإن لم ير الإمام ولا المأمومين إذا أمكن الاقتداء ، فإذا كان الصوت يبلغ النساء في مكانهن من المسجد ويمكنهن أن يقتدين بالإمام فإنه يصح أن يصلين الجماعة مع الإمام ؛ لأن المكان واحد ، والاقتداء ممكن سوء كان عن طريق مكبر الصوت ، أو عن طريق مباشر بصوت الإمام نفسه ، أو بصوت المبلغ عنه ، ولا يضر إذا كن لا يرين الإمام ولا المأمومين، وإنما اشترط بعض العلماء رؤية الإمام أو المأمومين فيما إذا كان الذي يصلي خارج المسجد، فإن الفقهاء يقولون يصح اقتداء المأموم الذي خارج المسجد أن رأى الإمام أو المأمومين .
"Adalah dibolehkan bagi wanita dan juga lelaki bersolat berjemaah di Masjid, walaupun mereka tidak nampak Imam or Makmum yang bersolat dibelakangnya, apabila dia berupaya mengikuti Imam. Jika suara Imam boleh sampai kepada wanita yang berada didalam masjid, dan mereka berupaya untuk ikut pergerakkan Imam, maka SAH solat berjemaah bersama Imam. Kerana sesungguh ia merupakan satu tempat yang sama (masih dalam masjid) dan mereka boleh mengikuti Imam walaupun dengan bantuan alat pembesar suara, atau mendengar suara Imam secara langsung, atau mendengar suara mereka yang menyambung takbir daripananya. Bukanlah menjdai syarat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya. Malah, ada dikalangan ulama' yang menegaskan bahawa Imam atau Makmum yang bersolat dibelakangnya perlu dapat dilihat JIKA mereka bersolat di luar Masjid. Dikalangan fuqaha' yang menyatakan bahawa sah solat mengikuti Imam bagi makmum yang berada diluar masjid jika mereka dapat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya." [Majmu' Fatawa Ibn Utsaimin, 15/213].Maksud Ibn Utsaimin rh, melihat Imam atau Makmum bukan syarat berada didalam jemaah selagi ia masih didalam kawasan masjid/surau. Yang penting asalkan mempunyai keadah untuk mengetahui pergerakan Imam, seperti menggunakan bantuan pembesar suara. Syarat melihat Imam menurut beberapa pandangan ulama' hanya berlaku kepada jemaah yang bersolat diluar masjid.
Nampaknya, Ustaz dari Perak itu memilih pendapat yang pertama yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa tidak sah solat berjemaah jika makmum tidak dapat melihat Imam atau makmum yang bersolat dibelakangnya. WA.
Sekian, wassalam
1 comments:
Post a Comment