Apa dalil yang mengatakan solat berjemaah itu hanya fardu kifayah dan sebaliknya?
***********************
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jamaah. Sebahagian mengatakan fardhu ain, ini adalah pendapat Iman Ahmad bin Hambal, 'Ato, al-Auzaie, Abu Thur, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan mazhab al-Zohiriy. Pendapat yang kedua mengatakan sunat Muakkadah. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Abu Hanifah dan ramai dari kalangan ulama mazhab al-Syafie. Pendapat yang ketiga mengatakan hukumnya Fardhu Kifayah. Ini adalah salah satu pendapat al-Imam al-Syafie dan kebanyakan ulama al-Mutaqaddimin dari kalangan sahabat Imam Malik dan Abu Hanifah.
Kesemua para ulama yang berbeza pendapat mendatangkan dalil-dalil mereka. Bagi yang mengatakan hukum solat jamaah itu sunad muakkadah berdasarkan hadith-hadith Nabi saw yang menunjukkan bagi solat jamaah itu adanya kelebihan yang lebih berbanding solat bersendirian. Apabila solat berjemaah itu ada kelebihan dari solat bersendirian, ini menunjukkan solat bersendirian itu ada pahala dan sah, cumanya dari sudut kelebihannya sahaja yang kurang.
Bagi yang berpendapat Fardhu kifayah dalil mereka berdasarkan wujudkan hadith-hadith yang memberi penekanan kepada kelebihannya dan memberi peringatan kepada yang meninggalkannya.
wallahu a'lam.
--------------------------------
UstazMohamad Abdul Kadir Sahak, IQ
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528604344
Jan 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
terima kasih...bgus krn mengemukakan pendapat ulama dan cara ulama mengemukakan pendapat mereka...
Post a Comment