Jan 19, 2009

Tabung Jumaat

Salam alaik ya ustaz. Apakah kita dibenarkan mengedarkan tabung derma masjid ketika khutbah disampaikan, atau adakah ia termasuk di dalam larangan bercakap ketika khutbah?
Syukran jazilan wa barakallahu fiik..

*****************
Diam dan memberi perhatian semasa khatib sedang berkhutbah adalah wajib. Antara kelebihannya ialah:

i- Ia termasuk dalam rangkaian amalan hari Jumaat yang menjadi penghapus dosa antara dua Jumaat. (Rujuk hadith riwayat Al-Bukhari no.883 dan Muslim no. 857).

ii- Ia termasuk dalam rangkaian amalan hari Jumaat yang diberikan ganjaran pahala berpuasa dan qiyamullail setahun bagi setiap langkahannya. (Rujuk hadith riwayat At-Tirmizi, disahihkan oleh Al-Baihaqi dan Al-Albani).

iii- Pahala Jumaat turut bergantung kepada diam dan memeberi perhatian semasa khutbah berlangsung. (Rujuk hadith riwayat Al-Bukhari no. 934 dan Muslim no. 831).

Perbuatan mengedarkan tabung derma, boleh menyebabkan orang yang mengedar dan menerimanya lalai dari memberi perhatian semasa khutbah Jumaat. Justeru itu, ia boleh membawa kepada haram atau sekurang-kurangnya makruh, serta luput darinya kelebihan-kelebihan yang disediakan oleh Allah untuk orang yang diam lagi memberi perhatian kepada khutbah. Oleh itu ia hendaklah dihindari.
Wallahua'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris, IQ

0 comments:

Post a Comment