Assalamu'alaykum wmt wbrkt.
Bolehkah ahli panel al-ahkam terangkan asal usul perkataan tarawikh ini. Berdasarkan hadith sholat sunat ini dikenali sebagai "qiyyamu ramadhan".
Wassalam.
--------
Wassalam
Tarjeeh/Tahqeeq
Tarawih (bukan tarawikh) ialah kalimah jamak (plural) dari kata 'tarwihah'. Menurut kamus ialah duduk istirehat, maka solat tarawih ialah solat yg diselangseli dgn rehat. (alMu'jam alWasit, Dar alFikr: 1/380)
Menurut istilah agama pula, solat tarawih ialah solat sunat malam hari yg khusus dilakukan pd malam Bulan Ramadhan, dilakukan selepas solat Isya'.
Istilah solat tarawikh ini tidak ujud pd zaman Nabawi dan kalau kita kata Nabi saw tidak pernah solat tarawih pun boleh diterima (secara humor).
Solat tarawih hari ini dikenali dgn solat sunat Qiyam Ramadhan di zaman Nabawi (Imam alBukhari, alSahih, 1/342)
Istilah solat tarawih ini dikatakan berasal dari isteri baginda, Aisyah ra. HR alBaihaqee dari Aisyah raa," Nabi saw solat malam empat raka'at, kemudian yatarawwah (berihat), kemudian menyambung solat lagi (dgn lama kadarnya)." (asySyun'ani, Subulus Salam: 1/11, Darul Fikr) WA
_________________
Quote:
Oleh kerana perkataan "Tarawikh" ini bukan disandarkan kpd hadith nabi saw, maka apakah niat yg paling tepat untuk kita hadhirkan dihati apabila menunaikan sholat sunnat ini ?
Jawab:
Solat Qiyam/solat Qiyam Ramadhan/Solat Tarawih pun semuanya Harus, bahkan hanya meniat solat sunat pun harus kerana semuanya membawa mafhum kepada solat sunat utk menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan. Nama dan istilah tidak penting, tapi anda tahu solat itu apa signifikannya. WA
Rujuk pada perbahasan atau SJ kami sebelum ini pada bab Niat.
Jan 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment