Jan 3, 2009

Syif Kerja Malam Tak Dapat Tarawih

Salam

saya mempunyai persoalan...untuk pengetahuan ustaz saya bekerja shift pukul 7-3, 3-9 dan 9-8...yang menjadi masalahnya apabila tiba bulan ramadhan terlepaslah peluang saya untuk bersolat terawih jika saya bekerja petang dan malam..persoalannya boleh tak saya melakukan juga solat sunat terawih dgn mengambil sedikit masa bekerja saya? Kerana kekadang saya keliru antara tanggungjawap pada kerja atau untuk merebut pahala ALLAH...? harap ustaz boleh membantu....
Wassalam
--------

Wassalam
Jawab:
Firman Allah SWT: ( Dan tidak mungkin Tuhanmu lupa) AQ 19: 64
(Allah mengkehendakki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran) AQ 2: 185
Maksud dari ayat pertama di atas, ialah sistem kerja syif masih dalam ilmu Allah SWT, yakni Allah telah menjadikan Islam sesuai di zaman mana sekalipun.
Maksud ayat kedua ialah Lakukan apa yg terdaya dan paling ringan sesuai dgn kemampuan kamu.

Bulan Ramadhan walaupun sinonim dgn solat Tarawih, tapi itu bukanlah satu-satunya amalan di bulan Ramadhan, banyak lagi spt tadarrus, bersedeqah (aljudd), ittikaf di sepuluh ahir Ramadhan, zakat fitrah, dsbnya.

Adapun solat Qiyam itu memadai dgn minima satu raka'at Witr. Maka jika ada waktu break semasa kerja syif, maka boleh lakukan solat qiyam di surau premis kerja.

Bila time tidak bekerja, hendaklah solat berjama'ah dan bertadarrus. WA

0 comments:

Post a Comment