Adakah menjadi amalan Rasullullah SAW mengadakan tazkirah diantara solat-solat terawikh. Dari pandangan Ustadz2 ahli panel sekalian, manakah yang terbaik solat sunat terawikh tanpa atau dengan tazkirah.
JKK.
_________________
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan Neon dengan kadar kemampuan yang ada.
Tidak pula diriwayatkan bahawa nabi saw mengadakan tazkirah semasa mendirikan solat tarawikh. Baginda saw sendiri pun tidak banyak melakukan solat tarawikh bersama-sama dengan jemaah di masjid kerana takut umatnya akan menganggap bahawa solat tarawikh ini wajib! Ulama' menganggap bahawa tazkirah yang dilakukan diantara solat tarawikh merupakan suatu perkara yang baik. Adalah elok diselang-selikan amalan tazkirah ini didalam solat tarawikh agar tidak menyebabkan orang mengatakan perkara ini wajib.
Shiekh Abdullah ibn Jibreen didalam Al-Ijaabat al-Bahiyyah fi’l-Masaa’il al-Ramadaaniyyah mengatakan :
وحيث إنَّ الناس في هذه الأزمنة يخففون الصلاة ، فيفعلونها في ساعة أو أقل : فإنه لا حاجة بهم إلى هذه الاستراحة ، حيث لا يجدون تعباً ولا مشقة ، لكن إن فصل بعض الأئمة بين ركعات التراويح بجلوس ، أو وقفة يسيرة للاستجمام ، و الارتياح : فالأولى قطع هذا الجلوس بنصيحة أو تذكير ، أو قراءة في كتاب مفيد ، أو تفسير آية يمرّ بها القارئ ، أو موعظة ، أو ذكر حكم من الأحكام ، حتى لا يخرجوا أو لا يملّوا
"Oleh kerana orang pada masa ini menjadi solat itu pendek dan melakukannya didalam 1 jam atau kurang : Maka sesungguhnya tidaklah perlu ada Rehat, tatkala itu mereka tidak merasa penat atau bermasalah, akan tetapi jika beberapa Imam memisahkan Tarawikh dengan duduk rehat, atau berhenti sebentar mengambil nafas, maka lebih diambil masa rehat itu dengan memberi nasihat atau peringatan, atau membaca buku-buku yang bermunafaat, atau memberi kuliah tafsir mengenai ayat yang Imam telah baca, atau memberi pelajaran atau peringatan mengenai hukum-hakam Islam, agar manusia tidak keluar atau menjadi bosan"
wallahu'alam, wassalam
0 comments:
Post a Comment