:salam
Moga dirahmati Allah...
Dalam surah at-Taubah-18 disebut tentang i'marah masjid atau memakmurkan masjid....sering diperkatakan...'hanya orang yg sering ke masjid saja yg mampu mentadbir masjid'....
Boleh dapatkan pencerahan....
1) adakah i'marah itu bermaksud mentadbir?
2) adakah pentadbir masjid dikategorikan jugak sbg pengi'marah masjid?
3) apakah kreateria pentadbir dan pengi'marah masjid?.
T.kasih.
:wassalam
****************************
Postby albaruhiyy »
ألسلام عليكم ورحمة اللة
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وبعد
Dalam fatwa al-Azhar 9/170 : “Imarah masjid ialah dimaksudkan mendirikannya, membersihkannya, memberi perkhidmatan kepadanya dan selain daripada itu untuk tujuan ibadat”.
Firman Allah Taala surah al-Nur 36:
فى بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه
Maksudnya :(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya;
Masyarakat Arab Jahiliyyah dahulu mengimarahkan masjidil haram dengan khidmat, memberi minum kepada jmeaah haji dan mereka yakin mereka melaksanakan tugas iman besar.
Walhal apa yang mereka lakukan hanyalah imarah dari sudut binaan/fizikal/luaran sahaja. Mereka tidak mengimarahkan dari sudut roh/makna/tujuan masjid tersebut dibina. Sebab itu Allah berfirman dalam surah al-taubah 19
{أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الاخر وجاهد فى سبيل الله لا يستوون عند الله واللّه لا يهدى القوم الظالمين }
Maksudnya : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang Yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.Maka, maksud mengimarahkan masjid yang sebenar dikehendaki ialah berulang alik ke masjid, mendirikan solat Jemaah, Iktikaf dan lain-lain kegiatan agama spt ceramh, kuliah dan sbgnya. Inilah difirmankan Allah Taala dalam al-Taubah 18 :
إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين
18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.
Oleh itu, berbalik kepada soalan saudara :
1) adakah i'marah itu bermaksud mentadbir
Imarah bukan setakat mentadbir, tetapi lebih kepada menghidupkan masjid dengan tujuan pembinaannya.
2) adakah pentadbir masjid dikategorikan jugak sbg pengi'marah masjid?
Ya, sekiranya ia juga diantara orang yang sentiasa berulang alik menghidupkan masjid tersebut. Bukan hanya sebagai ahlijawatankuasa sahaja sedangkan tidak pernah datang ke masjid.
3) apakah kreateria pentadbir dan pengi'marah masjid?.
Mereka yang menghidupkan masjid tersebut dengan kegiatan-kegiatan agama di samping mempunyai sifat jujur, amanah, takwa dan benar.
:aklam
0 comments:
Post a Comment