Feb 28, 2010

Bagaimana Cara Duduk Tasyahud Bagi Masbuq

Dari Al-ahkam.net

Postby yang bertanya »

salam

1- Kalau saya solat masbuq, katalah masuk pada rakaat ke -2 pada Zuhur, macam mana cara duduk pada rakaat akhir? Adakah duduk tawarruk - punggung cecah lantai atau iftirasy - punggung pada kaki kiri?

Bolehkah saya duduk tawarruk sedangkan saya masbuq sedangkan standby untuk cukupkan rakaat selepas salam.

2- Sekiranya saya masuk pada rakaat akhir solat, dan disebabkan di saf belakang mungkin kesemuanya masbuq - dan mereka duduk iftirasy, menyebabkan saya menyangka imam pada rakaat ke-2 (katakan Zuhur), bagaimana bacaan tahiyyat yg saya patut baca.. sebab beza bacaan tasyahud awal dan akhir ialah pada selawat pada keluarga nabi dan ke atas. Boleh ke baca selawat pada keluarga Nabi pada rakaat awal (sebab takut dikira menambah).

*********************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Bagi masbuq, apabila imam duduk pada rakaat akhir, cara duduk bagi makmum masbuq ialah duduk iftirasy. Kerana duduk tawarruk hanya pada rakaat terakhir. Sedangkan ketika imam duduk tasyahhud akhir, masbuq masih bukan pada duduk tasyahhud akhir.

Kata Bujairimi:

"Keseluruhan cara duduk iftirasy ialah enam tempat, iaitu:

- duduk antara dua sujud
- duduk tasyahhud awal
- duduk istirahah
- duduk makmum masbuq
- duduk orang yang ada sujud sahwi
- duduk orang yang bersolat secara duduk".

Tetapi jika duduk tawarruk, tidak menjejaskan kerana ia hanya sunah hai'ah yang tidak membatalkan sembahyang.

2. Bacaan tasyahhud bagi masbuq juga adalah bacaan tasyahhud awal. Tetapi jika selesai membacanya dan imam masih belum memberi salam, ada ulama menyatakan sunat membaca tasyahhud hingga habis (seperti tasyahhud akhir).

Wallahu A'lam.

1 comments:

saufee said...

ada orang menyatakan bahawa sembahyang jenazah selepas sembahyang waktu asar adalah haram, benarkah perkara ini, diharap mendapat penjelasan tuan

Post a Comment