Jun 25, 2009

Tarawih Di Masjid Atau Di Rumah

Salam

saya rasa sebahagian soalan saya di SJ-05-0395 telah disalah faham oleh ustaz jawhar.. maaf, kalau soalan saya tu tak jelas, jadi, saya jelaskan di sini.

1. adakah lebih afdal solat tarawikh di masjid atau di rumah? kerana mafhum hadis kata 'solat lelaki lebih afdal di rumah kecuali solat fardu' dan solat tarawikh itu adalah nafilah, tetapi dalam hal yg lain, apabila melihat umat islam solat tarawikh berjemaah di masjid umar ra kata "Ini adalah sebaik-baik bid'ah. Dan solat di akhir malam nanti adalah lebih utama daripada solat yang mereka lakukan sekarang", menunjukkan bahawa solat tarawikh yang nafilah itu bagus untuk di buat berjemaah di masjid.

sekin, terima kasih.

Wassalam
maka soalan saya bukan tentang bid'ah atau masyruknya tarawikh di masjid, tetapi yg mana yg lebih afdal samada di rumah atau di masjid.

2. berkenaan soalan ketiga saya
Quote:
kalau orang yg duduk di haramain, adakah qiam di rumah juga lebih afdal, sedangkan telah jelas kelebihan solat di masjidilharam dan masjid nabawi?


bagaimana kalau dia lelaki (jawapan ustaz dlm SJ-05-0395 hanya sebut tentang wanita)? berdasarkan hadis keutamaan solat nafilah di rumah, adakah qiam di rumah lebih baik daripada di masjidilharam, masjid nabawi, dan masjidil aqsa?


---------------------------------------

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat Tarawikh secara berjemaah di masjid adalah lebih utama dari solat tarawikh sendirian.

Dalilnya :

Hadis Riwayat Imam Bukhari : 2010 , daripada Abd Rahman bin Abdul Qari r.a berkata :

Aku dan Umar al-Khattab pergi ke masjid pada suatu malam di bulan Ramdhan.Ramai orang bertaburan.Setiap orang solat secara bersendirian dan ada juga yang menjadi imam dan orang ramai solat dibelakangnya.Umar r.a berkata : Aku rasa lebih baik aku dapat kumpulkan mereka semua ini dengan seorang imam.Kemudian dia (Umar) berazam dan bertekad untuk mengumpulkan mereka dibelakang Ubay bin Ka’ab.

Imam An-Nawawi menyebutkan dalam al-Majmu’ jilid 3 , ms : 526 :

Solat Tarawikh hukumnya sunat dan ia boleh dilakukan secara sendiri atau berjemaah.Terdapat dua pendapat mengenai masalah ini.Yang lebih sahih pada pandangan sahabat ialah melakukannya secara berjemaah dan boleh dilakukan secara sendiri.

Adapun maksud kata-kata Umar ra bahawa “ini adalah sebaik-baik Bid’ah” adalah kata-kata yang langsung tidak boleh dianggap sebagai suatu hukum.Ini kerana Bid’ah yang dimaksudkan ialah dari sudut lughawi (bahasa).Ini kerana perbuatan berhimpun dimasjid dengan tujuan menunaikan solat tarawikh adalah perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.Sebagaimana dalil hadis yang telah dikemukan sebelum ini.

Malah Syaikh Ibn Uthaimin r.h pernah berkata dalam Majalis Syahrul Ramadhan , ms 22 :

Pada mulanya Rasulullah saw melakukan solat tarawikh secara berjemaah di masjid.Kemudian baginda berhenti melakukannya kerana khuatir ia akan diwajibkan kepada umatnya.

Berkenaan dengan solat di masjidil haram atau masjid Nabawi bagi lelaki adalah lebih utama dilakukan di Masjid tersebut.Ini kerana dalil umum yang mengatakan solat seseorang dimasjidil Haram lebih utama sebagaimana berikut :

Dari Jabir ra , Rasulullah saw bersabda :

Solat di masjid ku adalah 1000 kali lebih utama daripada solat di masjid-masjid lain kecuali masjidil Haram.Keranasolat di Masjidil haram lebih utama 100,000 kali daripada salat di masjid lain. (HR Ibn Majah : 1406)

Jelasnya dalil tersebut tidak menunjukkan / mengkhususkan samada solat fardhu atau solat sunat.


WA

0 comments:

Post a Comment