Mar 7, 2009

Solat Tahyatul Masjid Ketika Azan

Soalan:

salam ‘alaik

1. boleh kita solat sunat tahiyatul masjid ketika azan sedang dilaungkan??
apakah harus hentikan atau teruskan??
minta penjelasan kalau boleh dimuatkan dalilnya…syukran

salam

2. ana nk tambah satu soalan lg.macam mana kalau kita p sesebuah masjid tu dan masjid tu penuh.contohnya hari jumaat.so, kita terpaksa sembahyang kt luar,yakni perkarangan masjid tu.adakah kita boleh buat solat tahiyatul masjid?

***************
Jawapan:

1. Adab dgn azan:

Bila kita masuk mesjid dan azan sedang dilaungkan, kita tunggu, dengar azan dan jawab azan, barulah solat

Jika kita sedang solat, dan aza dilaungkan, maka kena teruskan solat dan tidak menjawabnya.

Demikian jelas Imam nawawi dalam al-Majmu' (3:118)

Dalil specifik tak ada, cuma dalil2 umum seputar azan sahaja.

masalah ibn ishaq kena tegur kat pak arab yg melarangnya solat tahyatul mesjid dgn hadith berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الصلاة والإمام يخطب
الراوي: علي بن أبي طالب المحدث: ابن أبي حاتم - المصدر: العلل لابن أبي حاتم - الصفحة أو الرقم: 1/390
خلاصة الدرجة: منكر

Hadith tsb adalah hadith mungkar.

Yang betul sunnah solat tahyatul mesjid ketika khatib berkhutbah. Dalil: hadith Muslim

جاء رجل والنبي صلى الله عليه وسلم على المنبر ، يوم الجمعة ، يخطب . فقال له " أركعت ركعتين ؟ " قال : لا . فقال " اركع " .
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 875

Jabir meriwayatkan kisah seorang sahabat yg tiba ketika RasuluLlah saw sedang berkhutbah dan terus duduk, kemudian baginda suruh dia melakukan dua raka'at secara ringkas...sahih Muslim no 875

Cuma di mesjidil Haram, yg lebih utama ialah Tawaf bukan solat tahiyatul mesjid.


2. mesjid ni termasuk kompleksnya sekali, selagi mana orang bentang tikar dan sejadah, mesjidlah tu....itulah yg berlaku di mesjid al-Haram atau Nabawi atau al-Aqsa...mesjid Nabawi dan al-Haram, atas bumbung pun depa solat...

0 comments:

Post a Comment