Feb 18, 2009

Solat Antara Dua Tiang

Salam

harap ahli panel yang budiman dapat meleraikan masalah saya ini.

apakah hukum solat antara 2 tiang dalam masjid, sebab sekali saya pernah solat di satu masjid dan berada diantara 2 tiang, tiba2 ada orang tarik untuk solat di saf belakang yang tiada bertiang. harap dapat penjelasan.

syukran Wassalam

*******************
albaruhiyy
Panel Feqh

Salam

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, wassolatuwassalam ala rasulillah
Amma ba'd

Ada beberapa pendapat tentang hukum solat antara dua tiang kerana ada larangan Nabi s.a.w. Paling ringan ia adalah makruh. Hal ini kerana perbuatan solat antara dua tiang memutuskan saf.

Al-Shawkani berkata [Nayl al-Awtar 5/187] :

وَالْعِلَّة فِي الْكَرَاهَة مَا قَالَهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ الْعَرَبِيِّ مِنْ أَنَّ ذَلِكَ إمَّا لِانْقِطَاعِ الصَّفّ .أَوْ لِأَنَّهُ مَوْضِع جَمْع النِّعَال .قَالَ ابْنُ سَيِّدِ النَّاسِ وَالْأَوَّل أَشْبَه لِأَنَّ الثَّانِي مُحْدَث .

Maksudnya : “Dan illah pada hukum makruh ialah seperti apa yang dikatakan oleh Abu Bakr bin al-Arabi bahawa yang demikian itu sama ada kerana sebab terputusnya saf atau sebab ia merupakan tempat letak selipar. Kata Ibn Sayyid al-Nas : “Pandangan pertama lebih tepat, kerana pandangan kedua ialah baru”.

Namun, sekiranya masjid terlalu sempit atau terlalu padat dengan orang ramai, maka hukumnya tidak lagi makruh. Oleh itu, sekiranya ruang masih banyak, tidak perlu solat antara dua saf. Tetapi jika jarak antara dua tiang itu panjang, dan saf masih belum putus, hukumnya tidak mengapa.
WALLAHUALAM

0 comments:

Post a Comment