Feb 2, 2009

Saya Atau Imam Yang Bersalah?

kalau saya lewat utk solat jemaah dan katakan masuk pada rakaat ke-3 solat isyak


kemudian saya sambung selepas imam beri salam...

jika solat saya terganggu kerana imam berzikir dgn lantang guna mike..


adakah imam itu berdosa atau saya yg bersalah sbb dtg lewat walaupun dah tahu bacaan imam yg lantang akan buatkan solat terganggu ??


mereka ada dalil mengatakan nabi s.a.w pernah zikir secara kuat.


jika imam bersalah , adakah ianya termasuk dlm kategori kemungkaran ??

sbb saya dgr , bende khilaf ni takkan masuk dlm kategori kemungkaran...


jika ia masuk kemungkaran , adakah wajib saya cuba ubah lebih drpd hati ??

******************
al-Jawab:

1. Imam berdosa kerana zikir kuat atau si makmum masbuq berdosa kerana datang lewat?

J: Makmum masbuq tidak berdosa kerana tiada dalil yg mengatakan dia berdosa.

antara dalilnya:

إذا أتيتم الصلاة فعليكم السكينة . فما أدركتم فصلوا ، وما سبقكم فأتموا "

terjemahnya: " jika kamu mendatangi solat (berjama'ah) datanglah dengan tenang (jgn gopoh gapah utk mengejar Imam), apa yg kamu sempat bersama Imam, lakukan, mana yg tertinggal, sempurnakan." Bukhari-Muslim, Muslim no 603, dari Abu Qatadah.

Manakala perbuatan imam berzikir jama'iy dgn jahar berkoir menggunakan microfon itu adalah suatu dosa kerana berterusan dalam bid'ah lebih buruk dari maksiat. ahli maksiat tahu dia berdosa, manakala ahli bid'ah tidak sedar dirinya melakukan bid'ah. Maka berterusan dalam bid'ah zikir jama'iy adalah suatu dosa. [Syaikh Ali Mahfudz, Syaikhul Azhar, al-Ibdaa' fii Madharil Ibtidaa', ms 283. amir al-Syu'any, Subulus Salam, 1/196)
Dalilnya ialah dalil Qur:ani:

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
AQT7. 55. Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas *. *Maksudnya: melampaui batas tentang yang diminta dan cara meminta.

2. Dalil zikir jama'iy secara jahar adalah dalam rangka mengajar makmum dan ia bukanlah berterusan.

3. Zikir jama'iy adalah bid'ah mesjid dan ia bukan khilaf.

4. Mengubah bid'ah lebih susah dari mengubah maksiat. Isu zikir jama'iy telah berlarutan berabad-abad, maka jalan selamat ialah merubah dgn diskusi bila kita lihat suasananya menasabah. Kita tidak perlu gopoh dan keras menghadapinya seperti mana yg dialami oleh kaum muda di satu masa dulu. sekian

1 comments:

Anonymous said...

Saya sarankan klu nak lebih berkesan, buat kerja sikit iaitu tulis surat kat masjid atau pihak atasan yg control masjid (Majlis Agama negeri ke) supaya mereka dapat beritahu imam2 tu.

Tulis le dgn hikmah, klu ada peningkatan ke arah lebih baik, kita juga yg dapat pahala kan? insyaAllah. Tapi klu tak de perubahan, kepekaan kita dgn susah payah tulis surat tu pun insyaAllah dah dikira amal baik.

Imam2 memang kena peka perkara2 ni, sbb dah dibincangkan skian lama, takkan tak nak yg lebih baik? (Tajdid?)

Misalnya, lepas solat tu, pandang le belakang, klu tak de org solat, boleh le kuat. Klu ada pelankan suara.

Tapi saya perhatikan ada sesetengah masjid yg imamnya yg dah agak peka .

Post a Comment